Home » » Pengalaman Susah Zizan

Pengalaman Susah Zizan



Pengalaman Susah Masa Lalu Jadi Pembakar Semangat – Zizan Razak | Pengalaman berbuka puasa di tepi semak ketika dalam perjalanan pulang beraya ke kampung halaman di Dungun, Terengganu, suatu masa lalu meninggalkan kenangan penuh makna buat pelakon komedi terkenal, Zizan Razak.

Dengan menaiki sebuah motosikal lama, mereka sekeluarga pulang ke kampung yang jaraknya kira-kira dua jam perjalanan dari Kuala Terengganu. Berbekal makanan dibawa ibunya, Zizan sekeluarga menikmati juadah berbuka di tepi jalan ketika menuju ke kampung. Kepayahan dan kesusahan yang dialami mereka itulah sebenarnya pembakar semangat buat Zizan untuk berusaha gigih dalam bidang seni.

“Itulah pengalaman zaman kanak-kanak yang tak akan saya lupakan. Walaupun motosikal itu dipinjamkan atuk, sebab ayah saya tidak mempunyai kenderaan, tetapi kami sekeluarga masih mampu pulang ke kampung untuk beraya. Mak saya akan siapkan bekal untuk berbuka ketika dalam perjalanan. Saya dan abang duduk di depan, manakala mak di belakang dengan kedua belah tangannya memegang bekal yang dibawa,” katanya mengimbau kembali kenangan silam.


Kini, Zizan mampu tersenyum dengan apa yang dimiliki, malah mampu membawa keluarga pulang beraya dalam keadaan jauh lebih selesa berbanding dulu. Ketika yang sama, dia juga tidak sesekali melupakan peminat yang setia menyokong kerjaya seninya. Justeru, saban tahun, Zizan akan mengadakan majlis rumah terbuka di kampung halamannya di Jalan Terkukur, Kuala Terengganu.

“Setiap tahun, pada raya ketiga, saya akan buat rumah terbuka untuk mengeratkan lagi hubungan dengan peminat. Raya tahun ini pula sama saja macam tahun sebelumnya, tidak ada apa yang terlebih atau terkurang. Cuma tema baju raya tahun ini warna oren untuk satu keluarga,” katanya yang menggemari Laksa Kedah masakan ibunya, Anai Ibrahim, 55.

Sumber

p/s: sebenarnye aku ni peminat Zizan..maklumlah orang ganu..hehee

6 comments

7 February 2013 at 00:21

samalah..minat zizan gila2..dia x wat lawak pun lagi dah gelak terbahak-bahak..haha

7 February 2013 at 00:47

@fatin aziz
kan?kan?kan?hehe

7 February 2013 at 00:53

selalunya artis mesti ade zaman sukar dorg..hihi...dungun ke kampungnya..nti ct pergi smbung bljr, nk cri lh umahnya..haha

7 February 2013 at 04:38

minat jgk kt zizan ni . tp tkla fanatik. heheh.

7 February 2013 at 04:40

Akak pun..huhu..giler minat..hahaha..en hubby pon minat ^^

8 February 2013 at 04:27

amboi..bukan main post pasal raya da..heheh..

Post a Comment

Terima kasih sebab komen..^_^

Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^