Home » » Pembantu Rumah Lambung Anak Hingga Jatuh

Pembantu Rumah Lambung Anak Hingga Jatuh



KUANTAN 15 Feb. - Seorang pembantu rumah warga Indonesia ditahan polis untuk siasatan selepas perbuatannya melambung anak majikannya berusia empat bulan sehingga terjatuh dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supritendan Abdul Aziz Ahmad berkata, peniaga berumur 42 tahun itu membuat laporan polis kira-kira 9 pagi ini.

Katanya, perbuatan pembantu rumah berumur 24 tahun itu ditonton majikannya itu menerusi komputer ribanya ketika sedang minum di sebuah restoran di sini kira-kira 7.45 pagi ini.

"Majikannya melihat perbuatan itu yang berlaku di ruang tamu di rumahnya di Bukit Setongkol, dekat sini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya, peniaga itu bergegas pulang dan membawa bayi lelakinya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk pemeriksaan dan didapati mengalami lebam di tangan dan cedera di kaki kirinya namun keadaannya dilaporkan stabil.

"Wanita itu kini ditahan untuk siasatan lanjut," katanya. - BERNAMA

SUMBER

p/s: jangan percaya sangat pembantu rumah tuh..hati-hati yew=)

8 comments

16 February 2013 at 22:27

bodoh kan.seriusla..klau iyka tgk mcm tu bibik buat kat anak iyka.mmg iyka tumbuk r sbijik bagi puas hati n baru anta kat balai.bangang sgguh.terkjut iyka tgk vdeo dye dlm berita tv3 td..

ps: singgah blog ini

16 February 2013 at 22:30

@iyka syafika
tu lah..sy pom tgok gak xdi berita...dia lambung macm anak patung jew

16 February 2013 at 22:46

hancur hati mak ayah apabila orang buat macam tu kat anak diorang.. hmm.

16 February 2013 at 23:42

bahaya lambung2 anak ni..tkot lah nk amek pengasuh nti..huhuuh

16 February 2013 at 23:44

hanto balik indonesia tanpa gaji je... ape la.. kite anak jatuh sikit nanges, kite dah risau takot ape2 jadi.. ishk ishk...~

16 February 2013 at 23:53

memang betol bodoh..huhu...kalau tak nak jaga cakap je terus terang...tak yah nak dera anak orang..huhu

17 February 2013 at 00:38

x ada akal... memang geram jer tengok...

17 February 2013 at 09:24

Risiko berlakunya kejadian tersebut dapat di kurangkan sekiranya majikan melakukan penelitian dengan teliti sebelum mengambil keputusan mengambil pembantu rumah untuk bekerja dengannya...

Bagi anda yang ingin mendapatkan tips cara mendapatkan pembantu rumah yang baik anda bolehlah KLik Sini

Post a Comment

Terima kasih sebab komen..^_^

Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^