Home » » Lelaki Ditipu RM2,760 Beli Motosikal Secara Online!

Lelaki Ditipu RM2,760 Beli Motosikal Secara Online!



KUANTAN - Gara-gara terpedaya dengan tawaran seorang wanita yang ingin menjual sebuah motosikal menerusi internet, seorang lelaki kerugian RM2,760 selepas tertipu dalam urus niaga itu.

Mangsa, seorang pekerja swasta, 30, menyedari ditipu setelah motosikal yang dibelinya daripada wanita itu yang mendakwa dari Johor awal bulan ini masih belum diterima sehingga hari ini dan membuat laporan di Balai Polis Raub semalam.

Ketua Polis Daerah Raub, Supt Wan Samsudin Wan Osman berkata, setelah membaca tawaran itu di laman web pada 8 Februari lepas, mangsa menghubungi wanita itu untuk membeli motosikal Yamaha RXZ itu yang ditawarkan pada harga begitu murah
iaitu RM2,500.

"Wanita itu kemudian meminta mangsa menambah RM260 untuk kos penghantaran menggunakan lori penghantaran ekspres dan mangsa yang bersetuju kemudian memasukkan RM500 ke dalam akaun wanita itu sebagai wang pendahuluan," katanya
ketika dihubungi di sini, hari ini.

Wan Samsudin berkata, pada petang hari yang sama, mangsa memasukkan RM2,260 ke dalam akaun wanita berkenaan.

"Selepas memaklumkan bayaran penuh terhadap motosikal berkenaan sudah selesai, wanita terbabit kemudian berjanji dengan mangsa akan menghantar motosikal itu dalam tempoh lapan hari," katanya. - Bernama

SUMBER

p/s: berhati-hati kalau membeli di internet^^

8 comments

28 February 2013 at 10:12

huhu, ct rjin jugk beli kt internet tp lau dh ribu2 cmni xbrani la den..huhu

28 February 2013 at 10:28

tu la sbbnya dneo tak berapa berani beli online...

28 February 2013 at 14:40

Ish ish ish... Bahaye beli online sebab tak kenal

28 February 2013 at 19:54

ishk. gilo beli benda macam tu online.. ishk ishk... riso riso. yg macam tu nak beli pegi tengok sendiri. kot kot buatnya dapat tapi tak cukup tayar. haaa.. bahaye2.

28 February 2013 at 21:11

assalamualaikum , awak di tag
http://kitaberbezahati.blogspot.com/2013/02/my-first-giveaway-by-ar-53.html

28 February 2013 at 22:10

Kalau barang2 macam tu tak payah beli online kot.. Setakat baju, kasut dll tu tahan lagi.

1 March 2013 at 04:54

kalau hrga ribu2 baik cari yang betul2 dpan mata..baru puashati..

1 March 2013 at 12:22

aduh yg nak beli moto online tu apasal...kan dah kena....apa2 pun semoga mangsa tabah hadapi dugaan ni...

Post a Comment

Terima kasih sebab komen..^_^

Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^