Home » » Lampu Isyarat Paling Mengelirukan di Dunia

Lampu Isyarat Paling Mengelirukan di Dunia



CHONGQING, China - lebih 10,000 pelancong yang berkunjung ke Taman Tema Yangrenjie di sini keliru dengan sebuah lampu isyarat di simpang empat lokasi tersebut.

Fasiliti tersebut yang memiliki 14 buah lampu dipasang di taman tema berkenaan sejak Mei tahun lalu.

Lebih mengelirukan, lampu isyarat itu berkelipan dengan memaparkan nyalaan lampu berbeza pada sesuatu masa.

Namun, seorang pegawai trafik di sini berkata, lampu isyarat tersebut hanya berfungsi sebagai hiasan seni ekoran jalan ke simpang empat taman tema itu kelihatan kosong.

Menurutnya, lampu isyarat tersebut juga kelihatan sangat cantik apabila berkelipan pada waktu malam,

Katanya lagi, para pemandu sepatutnya tidak mempedulikan lampu isyarat itu.

Hiasan seni itu dikenali dalam kalangan penduduk tempatan sebagai lampu isyarat paling mengelirukan di dunia

Namun, ia akhirnya dibuang oleh pihak berkuasa kerana mengelirukan pemandu ke taman tema tersebut.

SUMBER

p/s: tak payah nak seni sangatlah..buat pening orang jew...adushhh....T_T

7 comments

19 February 2013 at 02:40

boleh accident plak kalau byk mcm tu . hehe

19 February 2013 at 02:41

Hahaha . Kalau sudah jadi pemandu . Lampu isyarat dikira sebagai peraturan bukannya hiasan . Elokpun buang . Menyusahkan orang je . Nice entry kak nabila .^^

19 February 2013 at 03:27

Bahaya betul la lau macam tu. Blh mnyebabkan org konfius, kmlgn, sesak jln raya

19 February 2013 at 03:30

ahahaha,, gila,, alhamdulillah kes mcm ni xda kt malaysia,,

19 February 2013 at 05:03

bahaya la kalo cemni.
tak nak la pegi china :D

padan la china ni byk kes kemalangan. -.-

19 February 2013 at 06:27

hahaha tak boleh blah untuk seni...agak2 la nak seni pon....

19 February 2013 at 07:10

ade pulak letak lmpu tu kt jalan ..konfem la org keliru...ayyo...berseni xkena tmpt..hihi

Post a Comment

Terima kasih sebab komen..^_^

Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^