Home » » Jangan Bersangka Buruk

Jangan Bersangka Buruk



Bila jumpa pelacur tepi jalan, orang akan kata “Eee perempuan kotor ni” Padahal kita tak tahu dia telah dijual oleh bapanya ketika umur 10 tahun.

Bila jumpa bekas banduan, orang akan kata “ish penjahat ni. jangan dekat dengan dia” Padahal kita tak tahu dia telah difitnah mengambil rasuah oleh sahabat karibnya sendiri.

Bila jumpa pesakit mental, orang akan kata “orang gila ! jangan kacau aku” Padahal kita tak tahu dia telah didera oleh mak tirinya hingga mengalami trauma berpanjangan.

Bila jumpa lelaki muka hodoh, orang akan kata “euww hodohnya. siapalah nak kahwin dengan kau tu” Padahal kita tak tahu lelaki tu kehilangan ketampanannya akibat melecur dalam usaha menyelamatkan ibunya dalam kebakaran. 

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan
daripada prasangka kerana sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa,
dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah
ada antara kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah seseorang
daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Tentu
kamu berasa jijik...”(Surah al-Hujurat ayat: 12).


p/s: janganlah terlalu cepat membuat sesuatu andaian..semue manusia ade kelemahan dan kelebihan...semue manusia ade masa silam masing-masing...sesungguhnya Allah sahaja yang Maha Mengetahui... 

10 comments

7 February 2013 at 21:52

semoga kita sentiasa bersangka baik kepada orang lain

7 February 2013 at 21:55

nice~

7 February 2013 at 22:15

setuju^^ tp manusia ni mmg x kan terlepas utk berperasaan begini..kerana hati kite nie bukan seperti hati Nabi saw..:) insyaAllah sama kite belajar utk menjadi lebih baik

7 February 2013 at 22:35

suke dengan entri ini :D

7 February 2013 at 22:49

semoga kita sentiasa bersangka baik..:D insyaallah allah ada mmbntu..

7 February 2013 at 22:54

guud Fullsoftwares

7 February 2013 at 23:07

kena sentiasa berfikrian positif & jangan pandang hina dgn org lain

7 February 2013 at 23:34

Nice sharing =D

7 February 2013 at 23:35

betul tu,jgn judge org dr luaran je..ct pon kdg2 lalai jugk..hope kita sme2 cuba brpikiran positif :)

7 February 2013 at 23:56

btol . hana sokong . tak semestinya kita nampak dye jahat, dye tu jht.. pandangan Allah lebih diutamakan

Post a Comment

Terima kasih sebab komen..^_^

Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^