Home » » Inilah Kampung Paling Sejuk di Dunia

Inilah Kampung Paling Sejuk di Dunia

!Assalamualaikum!


OYMYAKON, Rusia - Sebuah kawasan perkampungan terpencil di Rusia yang merupakan kawasan penempatan manusia paling sejuk di dunia itu kini semakin sejuk dengan suhu mencecah -71 ° Celsius (C), lapor akhbar Daily Mail.

Keadaan cuaca sejuk ekstrem itu menyebabkan pesawat tidak dapat mendarat di kawasan tersebut pada musim sejuk.

Perkampungan Oymyakon yang terletak di timur laut Rusia itu juga dikenali sebagai Kutub Beku dengan suhu purata sepanjang Januari lalu berada pada takat - 50°C.

Sebelum ini, pada tahun 1924, perkampungan tersebut pernah mencatat rekod suhu mencecah -71.2°C.

Tidak banyak hidupan terdapat di situ. Selain beberapa spesies ikan air sejuk, penduduknya banyak bergantung kepada makanan daripada daging rusa kutub dan daging kuda sebagai sumber makanan.

Namun, mereka tidak pernah menderita kekurangan nutrien.

Penduduk tempatan juga terpaksa menghidupkan enjin kenderaan mereka sepanjang hari kerana bimbang enjin itu rosak kerana membeku dan tidak boleh dihidupkan lagi. - Agensi



p/s: tengok pom dah tau sejok....huhhh...kena pakai sejuk tebal-tebal ni

5 comments

22 February 2013 at 19:46

nak juga lawat tempat mcm ne hehe

22 February 2013 at 20:11

Assalammualaikum ^_^ hehehe.. besnya tmpat ne.. tringin plak nk p.. haha.. tp.. sdgkan ari tu kat Cameron Highland pn da xthn sejuk tahap nak mati.. ne kn lagi tmpat mcm ne.. i wonder how pnduduk kat sn bley survive.. hhuhuhhu

22 February 2013 at 20:15

Haa..ada baca pasal kampung ni..nak juga pergi tempat ni..hehehe.

23 February 2013 at 04:16

ate kalo kg BK cm2 cnfrm xkeluwo umah le.dok buat unggun api je

25 February 2013 at 06:48

-71????ayy...26 pon dh sejuk..huhu..

Post a Comment

Terima kasih sebab komen..^_^

Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^