Home » » Info : Gula gula getah mampu tingkatkan tahap kecerdasan?

Info : Gula gula getah mampu tingkatkan tahap kecerdasan?



London: Satu kajian terbaru menemui bukti saintifik yang menyokong slogan iklan mendakwa bahawa gula-gula getah mampu mempercepatkan tindak balas dan meningkatkan kecerdasan. 

Penyelidik dari Institut Kebangsaan Radiologi Sains di Jepun dan beberapa pusat lain mendapati bahawa masa tindak balas meningkat 10 kali lebih cepat ketika mengunyah gula-gula getah manakala sekurang-kurangnya lapan kawasan berlainan di dalam otak akan terbabit aktif, lapor The Independent. 

Satu teori mendapati bahawa mengunyah akan meningkatkan rangsangan dan membawa kepada peningkatan sementara aliran darah ke otak, yang membantu menerangkan mengapa ia digunakan secara meluas di kalangan pengurus pasukan bola sepak yang berjaya antaranya termasuk pengurus pasukan Manchester United, Sir Alex Ferguson. 

Sukarelawan di dalam uji kaji terbabit diuji ketika mereka mengunyah dan tidak mengunyah gula-gula getah. Gula-gula getah yang digunakan tidak berperisa untuk mengelak daripada gangguan. 

Otak lelaki dan wanita turut diimbas dengan Pengimejan Resonans Magnetik fungsi (fMRI) untuk melihat kawasan mana yang paling aktif. 

Dalam ujian 30 minit membabitkan sukarelawan menekan satu butang pada ibu jari kanan atau kiri mereka berdasarkan arah satu anak panah pada skrin di hadapan mereka. Satu ujian lebih sukar berbanding yang lain. Ketika kedua-dua ujian, kadar kecerdasan dan masa tindak balas diukur.  Agensi

* Sumber BH

p/s: nak kunyah gula-gula getah tuh boleh TAPI lepas kunyah jangan buang merata yew

7 comments

19 February 2013 at 05:27

deno jarang2 kunyah gula2 getah ni^^

19 February 2013 at 06:20

menarik info ni...lepas ni nak kunyah chewing gum la....

19 February 2013 at 07:06

ct suka kunyah chewing gum :D

19 February 2013 at 07:30

bagusnya info ni... nanti cuba.. hehe... saya ingat kan kunyah gula getah ni tidak bagus... boleh pula tingkatkan kecerdasan.. ^^

19 February 2013 at 07:33

bagusla camni.boleh la kunyah banyak2 lepas ni

lolipop takde orang buat kajian ke?

19 February 2013 at 08:12

kunyah gula2 gth mmg good pun. huhu nice sharing

19 February 2013 at 22:06

Teringat cerita Charlie and Chocolate Factory..kunyah2..tak henti2..last jadi biru..hehe..Menarik info ni, saya pun baru tahu.Tapi satu masalah, saya tak suka gula2..hehe.

Post a Comment

Terima kasih sebab komen..^_^

Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^