Home » » Budak 13 Tahun diTangkap Khalwat

Budak 13 Tahun diTangkap Khalwat



KUALA LUMPUR: "Duit saya sudah habis, tidak dapat balik rumah, sebab itu terpaksa tidur dengan kakak," kata seorang remaja lelaki mengaku berusia 13 tahun yang dicekup ketika berdua-duaan bersama seorang gadis yang didakwa saudara kandung dalam bilik sebuah hotel bajet di ibu negara, awal pagi tadi.


Bagaimanapun ketika ditanya penguat kuasa, remaja berkenaan menukar pula kenyataannya dengan mengatakan gadis berusia 20 tahun itu adalah teman wanita abangnya dan mereka terpaksa tidur bersama kerana tidak dapat menghubungi keluarga.


Pasangan berkenaan antara 10 yang ditahan dalam operasi cegah maksiat sempena hari kekasih yang dijalankan penguat kuasa Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) di sekitar ibu kota bermula jam 11 malam semalam sehingga 5 pagi tadi.


Kesemua yang ditahan berusia 13 hingga 50 tahun dan disiasat di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 yang membawa hukuman denda dan penjara jika sabit kesalahan.


Selain pemeriksaan hotel bajet, 60 penguat kuasa Jawi turut melakukan rondaan di sekitar Taman Tasik Titiwangsa dan mengeluarkan notis hadir untuk sesi kaunseling kepada tiga pasangan yang didapati berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai.

SUMBER


p/s: macam-macam hal budak zaman sekarang ni yew....

12 comments

19 February 2013 at 23:58

ini smua poyo je...dame sje nk backup le 2

20 February 2013 at 00:44

mesti dah tak tau nak jawab apa tu...statement bertukar2..aduyaiiii....

20 February 2013 at 00:58

pergh... Bru 13 tahun dh terlibat dengan maksiat...

20 February 2013 at 02:16

uhuu,, nk cover pun x pndai,,

20 February 2013 at 02:43

macam2 budak2 skg :(

20 February 2013 at 03:01

Allah..tak tahu nak cakap apa..terkelu..boleh pulak cakap darah daging. Ada nak kena lukuk tu.

20 February 2013 at 03:34

aiyak.. apakah.. atoiii.. kita xtahu mungkin betul mungkin tidak

20 February 2013 at 03:55

ntah apa nak jd skang ni..

20 February 2013 at 04:08

Kecik2 dah pandai buat hal..

20 February 2013 at 05:20

apa la nak jadi budak2 skang ni..moga2 mereka diberi Hidayah Allah untuk berubah

20 February 2013 at 06:15

harian metro jgn percaya sgt...berita je sensasi....bila polis atau jabatan2 kerajaan buat operasi, diorg main cekup je...sama mcm operasi rempit...ramai yg kena tangkap bukan mat rempit...tapi wartawan siap tulis sensasi lebih2 lg kalau ada di antara yg kena tahan tu takde lesen ke budak sekolah ke...padahal belum tentu diorg rempit....

mungkin betul dia terpaksa bermalam dgn GF abang dia...mmglah kongsi bilik dgn bukan muhrim tu salah...cuma kita jgn cepat tertipu dgn tajuk2 akhbar ni....kalau taktau perkara sebenar elok kita rileks dan duduk tepi je....

25 February 2013 at 06:40

smoga dijauhkan dgn prkara mcm ni..huhu

Post a Comment

Terima kasih sebab komen..^_^

Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^