Home » , » Syurga tu mahal

Syurga tu mahal


Syurga tu indah kan? banyak ayat dalam Al-Quran yang menceritakan keindahan syurga yang akan dimiliki oleh orang-orang yang baik dan soleh. Agak-agak kita dapat tak duduk dalam syurga yang indah tuh??*pikir jap*....bila difikirkan balik banyak betol dosa yang pernah kita buat kan...tak terkira rasanya banyak dosa yang pernah aku buat...tu lah agaknya syurga tu mahal...

Mahal disini bukan bererti kita boleh beli syurga dengan duit yang kita ada sekarang..sedangkan karun yang kaya dengan emasnya masuk neraka disebabkan ketamakan halobanya....syurga hanya dapat dibayar dengan amalan baik kita di dunia..tapi sebanyak manakah amalan yang pernah kita buat selama hidup kat dunia ni???ya Allah...kerdilnya diri ini untuk mencapai syurgaMu..

Ramai orang yang masuk syurga bukan kerana amalnya tapi dengan rahmat Allah dia dapat masuk ke syurga yang menjadi impian orang yang beriman. Jadi janganlah sombong dengan amalan yang kita buat sehingga kita sangka dengan amalan kita sahaja kita dapat masuk syurga....sebenarnya kita masuk syurga berdasarkan amalan+rahmat Allah kepada kita.

Bila terasa ingin melakukan maksiat kepada Allah..ingatlah syurga itu mahal...dan hanya orang yang beriman dan soleh akan mendapat ganjaran itu. Sabarlah sekejap didunia, agar kita dapat kenikmatan abadi di akhirat sana...insyaAllah.
Dunia ibarat penjara bagi orang mukmin tapi syurga bagi orang kafir...jangan jeles dengan mereka...kerana syurga kita diakhirat sana lebih indah dari dunia yang hanya sementara.
p/s: layak kah aku mencapai syurgaMu ya Rabbi..... 

15 comments

8 January 2013 at 16:45

nice~

8 January 2013 at 17:03

mudah2an kte ditempatkan di syurga-Nya..aminnn :)

8 January 2013 at 19:43

terima kasih awak kerana mengingatkan :)

8 January 2013 at 21:22

nice entry ^^

8 January 2013 at 22:33

kalo kita fikir balik nak dapatkan pahala dan syurga tu tak payah..senyum pun dapat pahala..tapi manusia ni suka buat benda yg allah larang daripada yg disuruh..

8 January 2013 at 22:51

@:: Mrs.Eady ::
tq kak..

8 January 2013 at 22:51

@Noura Qifays
amin.....

8 January 2013 at 22:51

@boni kacak
same2...sharing is cring..hee

8 January 2013 at 22:52

@Cik Rongoks Ika
tq ika

8 January 2013 at 22:53

@Nick Nashram
betol...yg brdosa tu lah nk buat sgt kan..huu

9 January 2013 at 01:31

semoga kita ditempatkan di kalangan org beriman :)

9 January 2013 at 04:24

semoga mendapat rahmatNya....

9 January 2013 at 07:32

Dunia pentas ujian manusia beriman.

10 January 2013 at 03:14

nak masuk syurga rasanya x susah..tp sengaja menyusahkan..=)

14 January 2013 at 20:14

peringatan yang baik Biela..
syurga itu mahal...

Post a Comment

Terima kasih sebab komen..^_^

Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^