Tempat Menarik di Kuala Terengganu


!Assalamualaikum!

Kalau sebut tempat menarik di Kuala Terengganu mesti Masjid Kristal terpampang difikiran korang kan?betul lah tuh, tapi sebenarnya banyak lagi tempat menarik di Kuala Terengganu yang korang tak tahu tau..haaa di mana? apa? ni lah nak citer ni..hihi..tempat menarik ni lah aku dan 9 blogger lain pergi masa menginap di Sumai Hotel Apartment minggu lepas.

Aku citer dari hari pertama kami kat sana dulu ye? Hari pertama kami disana, kami dibawa oleh pihak pengurusan Sumai Hotel Apartment ke Bukit Panaroma. Hah??Bukit Panorama? okay fine, walaupun aku orang Terengganu, tak pernah aku tahu wujudnya Bukit Panorama ni, biasanya orang tahu Bukit Puteri atau Bukit Besar je kan?fuhhh..excited giler aku masa ni nak tengok Bukit Panorama ni. Rupanya, akat atas ni boleh tengok pemandangan bandar Kuala Terengganu dan pantai, subhanallah sangat cantik pemandangan diatas Bukit Panorama ni.

tadaaa..ni lah Bukit Panorama tu..ala-ala Cameron gituhhh..hihi
Lepas je menikmati pemandangan di atas Bukit Panorama, kami terus ke Muzium Terengganu..yuhuuu, sangat hepy masa ni sebab dah lama tak pergi muzium..hehe. Besar sangat Muzium di Terengganu ni dan terdapat banyak citer silam di muzium ni, sangat bagus kalau ajak budak-budak kesini..selain dapat belajar sejarah lama, dapat juga kenal barang-barang lama yang dah lupus pada zaman sekarang.
besar kan?besar kan?wuhuuu

dalam muzium ade gua, tak caye datanglah tengok sendiri...hahahaha

Kami datang ke muzium pada waktu yang sangat tepat dan sangat bernasib baik, selain dapat tengok barang sejarah yang sangat unik, terdapat pertunjukan ular free sempena cuti sekolah. Memang melompatlah kami sebab hepy sangat dapat tengok pertunjukan ular..wihihi..sangat bahaya dan mencabar..aku yang tengok ni pun rasa ketar lutut.
abang ni dengan selamber letak kepala ular dalam mulut dia,wuishh terkejut aku masa ni.

Pada hari kedua kami disana, kami dibawa pula ke Taman Tamadun Islam (TTI)..owhh tak jauh pun, tak sampai setengah jam kami dah sampai disana. Ala TTI ni lah yang terdapatnya Masjid Kristal, Taman monumen masjid seluruh negara dan banyak lagi. Kalau ke Terengganu tak singgah sini, memang rugiii wa cakap lu beb...oppps..hehehe.

Pagi-pagi disana, kami telah naik bot. Aikk, kenapa tiba-tiba pulak kan naik bot?haha..sebenarnya banyak pakej yang terdapat kat TTI ni haa. Kami ambil pakej naik bot dan ronda-ronda dalam taman monumen..mase ni memang super best, sebab dah lama tak naik bot camni..bukan selalu..hee.
muke budak-budak excited nak naik bot sambil pegang bendera Blooggers..hewww

tengoklah, bukan main hepy bila dah masuk dalam bot..hahahaha

Dah enjoy sakan kami naik bot, nak masuk Taman monumenlah pulak kan. Nak masuk dalam taman ni kena ada pasport merah..errr..ya..pasport, macam kitaorang pegang ni haaaaa.
pasport merah nak masuk kat dalam ni je..bukan pasport betol ye!!bahahahaha

Kat bawah ni pulak antara monumen masjid yang menjadi tarikan aku, nampak sangat unik bukan??memang banyak lagi masjid di dunia yang terdapat disini. Memang sangat rugi kalo korang tak pergi ke sini, sangat membuka minda dan menambah pengetahuan.

ni masjid yang berada di Iraq



Dah penat meronda di TT1, kami terus pulang ke Sumai Hotel Apartment untuk makan tengahari. Tak abis lagi perjalanan kami, petang tu pula kami ke STR SDN. BHD iaitu tempat buat batik. Disini, kami diberi peluang untuk membuat corak batik kami sendiri, apa lagi..bukan corak batik yang kami ukirkan..tapiiiii...jeng..jeng..jeng.......
proses melukis dulu..nampak tak ape kami tulis tu??hihi
taraa!!dah siapa dah batik Blooggers kami..wihihi
Amacaamm?? Banyak kan tempat menarik di Kuala Terengganu?  Jadi jika ke Terengganu, jangan lupa ke tampat-tempat ni tau, dan untuk penginpan boleh menginap di Sumai Hotel Apartment jugak tau. Selesa, best dan yang penting berbaloi-baloi..teheeee.

p/s: seronok sangat pergi kesana bersama kawan-kawan blogger, bilalah dapat pergi lagi T_T

Hotel Murah Di Kuala Terengganu

!Assalamualaikum!

Sedang mencari hotel murah di Kuala Terengganu?? haa nilah nak cerita ni. Ingat tak lagi yang aku bersama 9 blogger lain ke Kuala Terengganu untuk menginap di Sumai Hotel Apartment? masih ingat kan?kan? ala buat-buat ingatlah ye..hehe..sebab aku nak ceritakan keseronokan dan kebestsan menginap di Sumai Hotel Apartment ni..*kebestsan pun boleh..hihi*
hotel murah dia Kuala Terengganu
bersama 9 bloger hebat dan photografer iluvtour*muke kuning sebijik tu aku..heww*
Gambar kat atas tu di restoran di Sumai Hotel Apartment ni. Owhh lupa nak bagitau, yang sebenarnya Sumai Hotel Apartment ni ialah satu-satunya hotel apartment di Terengganu tau. Selain bilik dan penginapan yang selesa, makanan yang disediakan pula sangat sedap tak terkira jadi sesuailah aku katakan Sumai Hotel Apartment ni antara hotel murah di Kuala Terengganu bukan??

Bagi yang sukakan ketenangan dan pemandangan pantai yang cantik, amat sesuailah menginap di Sumai Hotel Apartment ni kerana hotel ini betul-betul berdekatan dengan pantai Batu Burok yang cantik di Kuala Terengganu. Bilik cantik mengadap pantai lagi, apa lagi korang nak??hihihi

Banyak membebel je kan aku ni? biliknya tak tunjuk-tunjuk lagi..hee..yela..seperti yang aku katakan tadi, Sumai Hotel Apartment ni satu-satunya hotel apartment di Terengganu, jadi yang ingin menginap bersama sebuah family besar, mahupun yang ingin mengadakan seminar..sangat sesuailah menginap di sini kerana sebuah apartment terdapat dua, tiga dan ada yang sampai empat bilik. Yang pasti sangat selesa dan besar!! Jadi mohla kita tengok jenis-jenis bilik yang terdapat di Sumai Hotel Apartment ni.

SUPERIOR APARTMENT
* 4 bilik + sarapan untuk 4 orang
* 2 bilik air + dapur + peti sejuk + ruang makan + ruang tamu
 

hotel murah kuala terengganu 
               


DELUXE APARTMENT
* 3 bilik + sarapan untuk 4 orang
* 2 bilik air + dapur + peti sejuk + ruang makan + ruang tamu

        hotel murah kuala terengganu

SUITE APARTMENT
* 2 katil single + 1 bilik air + peti sejuk
* sarapan untuk 2 orang

hotel murah di kuala terengganu


Amacam?? mewah kan apartment ni??sebenarnya ada banyak lagi pakej lain yang disediakan. Macam mana dengan harga??haa..nilah nak habaq ni..hee..bagi pembaca blog aku ni, ada harga yang sangat istimewa untuk korang tau...tapi harga yang ditawarkan ni bermula dari 1 Januari 2014 sampai 28 Febuari 2014 je tau..jadi apa lagi..meh kita tengok pakej dan harga istimewa untuk korang pulak ye..yeeepiiii!!! ^__^

PAKEJ DAN HARGA YANG DITAWARKAN


CARA ORDER PALING SENANG


Okay, dah abis dah citer pasal bilik di Sumai Hotel  Apartment ni tapi masih belum abis cerita pasal percutian kami disana tau. Jadi nantikan entry tempat menarik di Kuala Terengganu pulak nanti ya! Tempat-tempat tu semuanya berdekatan dengan hotel ni, memang power rangersss best..ahak..ahak..ahak.

kami mengaku kami berlakon...hahahahahaha

p/s: siaplah entry hotel murah di Kuala Terengganu..daaaa..hiii


Allah Tak Bagi Mesti Ada Sebab

!Assalamualaikum!

Nak kawin awal, nak keje awal, nak hidup mewah, nak dapat dekan, nak suami hensem dan kaya...wah banyaknya angan-angan dan impian kita kan? jeling sana..jeling situ..jeling kiri...jeling kanan..tengok kawan-kawan dapat apa yang kita nak..mahu tak jeles bukan??kenapa Allah tak bagi lagi apa yang kita nak?? Allah tak bagi mesti ada sebab.

Kadang-kadang tu ada juga terfikir, sampai bilalah nak tunggu apa yang dihajat tu tercapai, tengok kawan-kawan dapat senang je..tapi kita bukan main payah. Bila dapat, tak bersyukur pulak kan?menunjuk pulak tu, adoii camnelah nak berkat hidup ni kan..nauzubillah.



Entry kali ni bukan nak mengata siapa-siapa cuma nak memperingatkan diri sendiri serta kawan-kawan semualah yang Allah tak kejam cuma dia rindu nak dengar rintihan kita sebenarnya. Bukan hanya mengharap, bukan hanya berdoa tapi berusahalah..insyaAllah semuanya dipermudahkan.

Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. Dalam hadith qudsi Allah berfirman: “Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.” (HR. Thabrani dari Abu Umamah)

Allah answers prayers in 3 ways:

He says YES and give what you want,
He says NO and gives something better,
He says WAIT and give you the BEST!!

p/s: esok aku ade dua test, mohon doakan ye ^__^

Cara Mudah Hilangkan Bintik Hitam di Muka


Petang ni aku nak citer sikit cara mudah nak hilangkan bintik hitam kat muka kita ni haa. Biasanya kita gunakan putih telur nak hilangkan kulit muka kan??tapi camne pulak aku dan kawan-kawan yang tinggal di hostel dan sememangnya tak ada peti ais nak letak telur kan??jadi..penyelesaian yang mudah, meh guna masker egg white kat atas ni, sangat best dan senang pakai!!
Masker egg white dari Mistine ni sangat mudah dipakai dan yang paling best masker ni tak bau telur..hehehe..jadi yang elegik bau telur nak letak kat muka tu, amat sesuai beli masker ni, lagi satu masker telur ni senang nk bawak ke mana-mana.
antara komen pengguna =)
Sebenarnya masker ni baru sahaja direstock balik sebab terlalu laku, kata kak wanlah. Apa tak lakunya, sapu je kat muka masker ni..biar dalam 20 minit pastu tanggalkan, memang tercabut semua bintik hitam dan putih kat muka tu, tapi AWAS jangan letak kat kening pulak, nanti tercabut kening jangan salahkan aku pulak ye..hehehe.
Jangan tunggu lama-lama ye, sebab masker telur cepat sangat habis..jadi kalau berminat boleh terus PM kak wan sendiri...setiap pembelian dapat hadiah tau..buat pembaca blog aku ni dapat hadiah istimewa kata kak wan..hihi...masker best dan buat muka jadi toink!toink!toink!
FB KAK WAN
PAGES KAK WAN
p/s: kalau korang tak beli sekarang, tak tahulah bila pulak akan direstock..wuuu

Lipbalm Terbaik dan Tercomel




Sedang mencari lipbalm terbaik dan tercomel di abad ini??ehemm hari ni aku nak perkenalkan lipbalm terbaik dan tercomel dari Mistine ni. Mistine Blooming Vit-E Lipbalm nama lipbalm ni. Bukan sahaja bekasnya comel malah mempunyai vitamin E dan bagus untuk melembabkan bibir kita.

Kalau tak bagus, buat apa aku share kan? ye, alhamdullilah dah seminggu guna lipbalm ni, bibir rasa lembab je, pinkish pulak tuu. Aku guna yang warna pink tu, rasa macam buah strawberry..hihi. Bibir pulak nampak shining camtu, tapi tak adalah terlalu berkilat tapi nampak comel-comel je, secomel lipbalm nilah.

Bekasnya comel, bagus untuk bibir lagi..apa lagi korang nak??hehehe..jadi yang nak nampak natural je bibir tu, aku syorkan belilah lipbalm ni ye. Jangan tunggu lama-lama, aku diberitahu stok lipbalm ni terhad, almaklumlah comey sangat-sangat..siapa tak nak kan?

Berminat?bolehlah terus order dengan kak wan. Kak wan ni baik sangat orangnya, kalau korang nak hadiah dari setiap pembelian, cakap je korang tahu pasal lipbalm ni dari blog aku ye..komfem dapat hadiah..yeaaayyy!!jom beli.

FB KAK WAN
PAGES KAK WAN

p/s: membeli sambil dapat hadiah..siapa tak nak??=P

Hotel Sumai Aku Datang

!Assalamualaikum!

Pejam celik..pejam celik..tengok-tengok dah hari rabu. Sememangnya aku agak gembira sebab hari jumaat ni aku akan terus ke Terengganu untuk ke Hotel Sumai. Alhamdullilah, rezeki dalam blog mencurah-curah..ehem..aku bukan pergi sorang tau, aku dan 9 orang lagi blogger lain.

Ya, aku memang orang Terengganu tapi sebenarnya banyak lagi tempat yang menarik kat Terengganu aku belum lawat..hehe..jadi peluang untuk ke hotel Sumai sekali dengan pakej jalan-jalan ni, akan aku gunakan sebaik mungkin. Jangan risau, apa-apa yang istimewa di Terengganu nanti, akan aku update dalam blog ni..hihi

Walaupun masih belum pergi ke Hotel Sumai ni, tapi aku adalah tahu sikit-sikit yang hanya Sumai Hotel Apartment adalah antara hotel yang menyediakan apartment murah di Terengganu selain dari hotel penginapan. jadi bagi sesiapa yang nak bercuti ke Terengganu bolehlah usha-usha bilik yang berada di hotel Sumai di SINI.

p/s: bukan sahaja apartment dan hotelnya murah, malah memang cantik.*tengok gambar kat atas pun dah tahu kan*..owhh excitednya.

Inilah Kek Coklat Moist Yang Sedap

!Assalamualaikum!

Kalau hari tu aku ada citer pasal kek chess kan?hari ni aku nak citer sikit pasal kek coklat moist yang selalu jadi kegemaran ramai termasuklah diri aku ni haa..memang hantu kek coklat..hehe. Tapi kek coklat hari ini special sikit, kenapa special? Nilah nak citer ni...hihi

Kek coklat moist ni special sebab kek coklat ni hasil tangan adik aku sendiri..dijamin halal, bersih dan sedap..almaklumlah home made..hahaha. Jadi korang semua tak kan ragu-ragu untuk menelan kek coklat moist adik aku ni...kan?heeee

Ni lah hasil kek coklat yang adik aku buat, maaf jika gambar sedikit kabur, tapi gambarnya tak penting kan? asalkan isinya lumayan...yummmmyyyy!!

siap untuk dingapppp..wiii

Owhh lupa nak gitau, kalau kek coklat yang dah siap ni hanya dijual untuk area Terengganu sahaja. Uishhh jangan kecewa dulu, bagi yang nak jugak kek coklat camni tapi tinggal di negeri lain, adik aku ada jugak buat tepung kek coklat. Korang hanya perlu bancuh je, dan siap!! adik aku dah tunjuk cara-cara buatnya depan plastik tepung coklat yang dah siap tu. Harga untuk tepung yang dah siap sangat murah dari harga pasaran lain..hanya RM12 sahaja !! Biasanya orang jual RM20 kan?? Tepung ni boleh dipos ke seluruh Malaysia ye ^___^

nilah tepung coklat yang hanya perlu dibancuhhh tu ;)

Kek coklat moist adik aku memang sedap, bukan nak puji adik sendiri tapi memang sejak dulu dia buat kek coklat ni haa..selalu menjadikk..hehe..jadi jika korang rasa tergoda mahupun ingin merasa..bolehlah terus order dengan adik aku ya, kat bawah ni aku sertakan link facebook dia dan nombor fon dia..jom beli!!Aummmm

FACEBOOK ADIK
NO FON: 0145232366

p/s: tak sabar nak balik ganu rasa kek coklat adik aku ni..hewhewhew 

Aku Insaf

!Assalamualaikum!

Insaf! insaf! insaf! bila tengok ranking alexa aku jatuh merundummm..wuu..yang peliknya, ranking dunia xjatuh sangat tapi ranking kat malaysia jatuh teruk. Ni lah akibatnya update entry dua tiga je seminggu. Huishhh memang insaf sangat-sangatlah..T_T

si danbo pom insaf jugak ni haa..hihi


Mulai hari ni, janji dengan diri sendiri update entry mesti sekali sehari, entry pendek pun takpe janji ada makna..tak gituu??hehe..suspen je kan tajuk malam ni. Tapi ciyess dah insaf, buat main-main je blog kebelakangan ni..yelah, esaimen bertambun, siapa mahu siapkan?adoiiii.

Dah-dah..sorry ganggu korang malam-malam semata-mata nak gitau aku insaf sebab update entry kadang-kadang je kan..hee..dah...boleh pergi tidow semua =P

p/s: lepas ni, memang setiap hari ada entry..jangan risau ye uolllsss*gedik sangatkan*

Dress Cantik Dan Murah

!Assalamualaikum!


Ehem-ehem..korang tengah cari dress cantik dan murah ye? okay, entry aku hari ini amat membantu korang kot..hehe. Hari ni aku nak perkenalkan sebuah pages online yang korang boleh dapatkan dress yang cantik dan murah ni..memang berbaloi-baloi.

Nampak tak dress kat atas sana tu? cantik kan? dress yang labuh, full lining dan yang penting cantik sangat menjadi rebutan para gadis sekarang ni,,ye aku tahu...jangan lupa, aku seorang gadis jugak..hahaha..gambar atas tu baru sikit, meh tengok dress lain lagi kat bawah ni..konfem korang menangis tengok sebab teruja..hihihi

DRESS NI TENGAH PROMOSI..RM65 SAHAJA TERMASUK POS !!

Haa amacam? cam nak menangis tengok dress cantik dan murah ni kan? kan? jangan kata korang, aku pun duk usha-usha sampaikan nak beli semua rasanye..ohhh memang ikut nafsu..hehehe..bukan setakat dress..skirt dan scallop yang cantik-cantik pun adooo...cam kat bawah ni..

omey sangatkan scallop kuning ni..hee
Dah-dah, aku tak naklah promote habis-habis dalam blog ni haa..nanti juling pulak mata korang tengok dress cantik dan murah ni. Jadi kalau korang rasa berkenan mahupun rasa macam nak beli je kan..boleh terus ke pages Baju cantik dan Murah untuk order..kat bawah ni aku sertakan link pages Baju cantik dan murah ye. Selamat bershopping!!!

PAGES->>> BAJU CANTIK DAN MURAH

P/s: jangan risau, jangan bimbang..owner pages sangat baik hati..hahahah8*puji diri sendirik nampak kan*..hewwww

Tips Bibir Cantik dan Lembab

!Assalamualaikum!
Bibir cantik dan lembab memang menjadi idaman setiap gadis, termasuklah aku ni haa. Kalau bibir kering rasa macam tak bermaya je kan..okay, tak apa..hari ni aku nak bagi tips senang nak cantik kan bibir dan lembabkan dengan cepat menggunakan Mistine Magic Secret. Apa tu? ni lah nak citer..hee
Aku dah guna magic secret liptint dan llitter lipbalm ni dah sebulan. Alhamdullilah bibir dah tak kering dan nampak cantik je..nampak comey je..hihi. Biasanya kita dengar liptint je kan? sekarang ni dah ade liptint dan sekali dengan pelembab bibir yang glitter lagi tau!! bibir nampak lembab dan shining je bila pakai...ciyess best.
nilah Mistine Magic Secret tuh
Kurang faham ye camne nak pakai? okay, takpe..meh tengok kak wan pakai liptint dan lipbalm ni. Hasilnya seriouss nampak cantik dan natural je..taklah over macam pakai lipstic merah tu kan..hehe

Mula-mula pakailah liptint, pastu pakai lipbalm..satu produk ada dua function!!haa,,,best kan? senang, mudah dan yang penting gorgeous ^_^...camne nak dapatkan benda alah yang comey ni? bolehlah terus beli dengan kak wan ye..bukan aku tau..hee..kat bawah aku sertakan facebook kak wan dan pages beliaau..jom cantik =)


p/s: sekarang bibir dah tak kering dah..suke3 =P

5 Makanan Paling Mahal Di Dunia

!Assalamualaikum!

Hari ni tiba-tiba rasa nak tahu sangat apa makanan paling mahal kat dunia ni. Yela, orang kuat makan macam aku ni, semua nak tahu bab-bab makan ni..hee. Kalau makanan tu mahal, konfemlah makanan tu sedap kan? kalau ikut logiklah..okay, dahlah merepek..meh tengok 5 makanan termahal di dunia ni.



Nampak macam sedap sangat stik ni kan? Nilah  tulang rusuk Wagyu yang terkenal di New York Craft sana. Makanan sedap ni berharga RM8478.40..woowww!! Katanya stik terbaik..hihi



Matsutake ni ialah sejenis kulat yang amat sukar ditanam..sebab itu harganya sangat tinggi di pasaran dunia..dan boleh mencapai hingga RM6056.00 sekilo.*kulat pun mahal okay..hehe*



Siapa suka tembikai susu? bolehlah try tembikai yubari yang termahal di Jepun ni. Harga dalam lingkungan 6,000 ke 15,000 yen (RM181 ke RM454)..okay..tutup mulut tu ye. =P



Apa ni??batu ke??eh tak..tak! ni lah Coklat yang paling sedap dan paling mahal di dunia adalah chocopologie oleh Knipschildt. Pada RM7872.80 per paun, coklat lembut buatan tangan ini hanya dimiliki melalui pesanan. Ia mengandungi coklat lembut hitam dan 70% koko Valrhona.



Okay, yang ni nampak sangat menyelerakan..hahaha, di panggil Samundari Khazana iaitu Khazana dari laut, salah satu campuran telur Beluga yang sedap, iaitu siput laut dan udang karang dengan emas yang boleh d makan. Kari yang paling mahal di dunia telah dilancarkan meskipun harga kerangupannya bernilai RM6056 sepinggan.

p/s: amecam? terliur tak? bolehlah cuba bila dah kaweng dengan anak raja or datuk nanti..hahahaha

Isu Hangat Blog Di Facebook

!Assalamualaikum!

Hari ni bukak je facebook, aku tengok ramai blogger yang update status pasal pagerank blog diorang. Wahh semuanya hepy sebab pagerank diorang naik. Aku pun apa lagi, terus bukak web pagerank untuk cek pagerank blog aku, alhamdullilah blog aku pun dah naik jadi 2..hehe..terkejut jugaklah. Isu hangat blog di Facebook aku maksudkan ialah pageranklah.

Kalau ikutkan pagerank blog aku dah lama dah satu. Lepas je aku tukar ke blog domain, pagerank aku jatuh jadi kosong balik. Masa tu memang sedih jugaklah, sebab bukan kejap nak naik kan pagerank ni sebenarnya. Tupp tupp hari ni, tengok-tengok google dah update pagerank web.

Mesti blogger baru or newbie tak tahu apa tu pagerank kan? ala pagerank ni dalam bahasa mudahnya nak tengok ranking blog kita dan nak tahu sejauh mana blog kita mendapat pembaca setia. Pagerank yang paling bagus ialah 10/10 dan yang paling rendah 0/10. Alhamdullilah, bila pagerank dah naik ke 2/10 ni, rasa hepy jugaklah.

Tahniah jugak kat blogger lain yang pagerank mereka yang dah naik. Gembira jugak bila semua blogger update pasal pagerank diorang dah naik ni. Yang tak naik, janganlah putus asa pulak. Teruskan taip entri, kalau setiap hari ada entri, insyaAllah makin mudah untuk naik kan pagerank. Jangan jadi macam aku ni, bila ada idea baru nak taip entri.hehe

Owhh lupa, bagi yang nak cek pagerank tu boleh terus ke link kat bawah ni.Jomlah cek, manalah tahu pagerank korang dah naik kan ;)

CEK KAT SINI YE ^__^

p/s: penantian setahun lebih akhirnya terbalas...hihihi

Contest SEO Eridy

!Assalamualaikum!


Contest SEO Eridy nama diberi, inilah kali pertama aku join contest SEO begini..hehe..berpantun pulak aih. Secara jujurnya memang ni lah kali pertama aku join contest SEO, untuk apa? dapat hadiah ke? dapat duit ke? dapat apa-apa ke? owhh bukan..sebab utama aku join contest SEO Eridy ni untuk menguji sejauh mana SEO blog aku ni lekat kat Google.com.

Pemenang untuk contest SEO Eridy ni ditentukan melalui blog yang berada di kedudukan muka surat pertama carian google bagi keyword "Contest SEO Eridy". Carian pula dibuat di google.com menggunakan private browsing.

Syarat contest ni sangat mudah kerana setiap perserta boleh menggunakan kreativiti sendiri dan bertanding atas keyword "Contest SEO Eridy" sahaja. Memang sebab utama aku join contest ni untuk menguji SEO blog aku ni tapi contest ni pun ada hadiahnya, semua sekali bernilai RM500 tau!! apa lagi, sambil menyelam minum airlah kan..hihi.

p/s: walaupun kali pertama join, harap jugaklah menangkan ;)



Produk Mekap Paling Best!!

!Assalamualaikum!
bb cream baby dan ss compact powder
Bila sebut pasal mekap-mekap ni, sejujurnyalah aku ni memang tak suke mekap. Kalau nak keluar, just letak krim dan tepek sedikit bedak kat muka and keluar..camtu je..hee. Tapi sekarang aku rasa macam best sangat dan excited bila nak tepek krim dan bedak kat muka sebab aku dah guna produk mekap paling best kat atas ni iaitu BB cream baby dan SS compact powder dari Mistine.
Kenapa aku cakap best produk mekap kat atas ni?? okay, mula-mula aku citer pasal BB cream baby ni dululah ye. Dulu sebenarnya aku tak suka sangat pakai BB cream sebab melekit dan berminyak kan?? Tapi bila dah guna bb cream baby ni, rasa sangat best sebab tak melekit dan berminyak dan yang penting rasa kulit muka macam baby pulak aihhh..hee..*ini serius okay*. Dahla tak melekit dan tak berminyak, kulit macam baby..lembabkan muka lagi..siap ada UV proctection..haa apa ko nak jah??hihi
part yang paling penting!! produk ni dari korea okay!!hee
Sebenarnya kalau keluar rumah, sapu je bb cream baby ni dah cukup..tapi sebab aku nak kulit nampak lagi bersinar-sinar lagi kan, tepeklah SS compact powder pulak. Tahu tak SS tu stand for apa?? SS tu stand for Super Star Award tau. Ya!! Jangan tak percaya..SS powder ni dapat award Super Star dari Milan lagi. Amat sesuailah dapat award sebab tepek sikit je bedak ni, muka dah nampak berseri-seri. Tak payahlah duk tenyeh dan tonyoh muka banyak kali dah, sapu sikit je..wowww! dah nampak macam artis korea...hahaha..suka sangat bedak ni haa.
SS COMPACT POWDER..packaging yang sangat cantik =)
Jadi lengkaplah mekap aku, letak krim dan tepek bedakk..aummm..dah boleh keluar jalan dengan yakin. Apa yang paling best lagi kulit muka aku dah semakin lembut..hihi. Ni semua mesti sebab BB cream baby tu..hehehehe
sangat berpuas hati pakai dua produk ni ;)
Bagi kulit yang sensitif dan kulit yang berminyak, aku amat syorkan bb cream baby dan ss compact powder ni. Produk ni memang best dan paling syok tahan lama..haha..dan sebulan kot aku guna, tapi tak surut-surut..hihi..jimat kan? Nak beli jugak ye? boleh sangat-sangatlah..sebelum tu nak gitau..semua yang nak beli lepas baca dari blog aku, akan dapat HADIAH ISTIMEWA!! khas untuk pembaca blog ni tau..hee..lepas beli dapat hadiah lagi..best kan? baik betol yang jual produk ni iaitu kak wan..jika nak order, bolehlah terus PM kak wan ye=)
FB KAK WAN
PAGES KAK WAN

p/s: lepas beli, dapat hadiah lagi...tak nak jugak?? rugiiiiiii..hahahaha

Tiada Lagi Masalah Rambut Gugur!!

!Assalamualaikum!


Sebagai seorang gadis yang comel dan cun, aku amat memahami perasaan gadis-gadis serta wanita lain apabila banyak rambut yang gugur bila kita mandi, sikat rambut, dan main-main dengan rambut kan??hee..jangan risau!jangan bimbang! aku ada satu produk yang boleh membantu korang semua iaitu Rose Hair Perfumes.

Ingat tak lagi yang aku review produk wangikan rambut minggu lepas?? haa benda ni lah. Biasanya kita pernah dengan body perfumes je kan? tapi sekarang ni dah ada perfumes rambut yang pertama kat Malaysia ni..haa excited tak?? Bukan je dapat wangikan rambut, rambut pulak dah tak banyak gugur tau!!



Alhamdullilah, dah seminggu aku guna Rose Hair Perfumes ni, sangat mengejutkan aku..bila rambut aku taklah banyak gugur macam dulu. Sekarang ni, konfiden je bila sikat rambut..hehe..rambut gugur sangat sikit. Buat apa aku nak tipu kan? tak baik tau =P

Bagi gadis yang bertudung macam aku, amat sesuai pakai Rose Hair Perfumes ni sebab bila lama-lama kita pakai tudung, rambut kita kadang-kadang berbau kan? Jadi bila pakai perfumes ni, rambut kita akan wangi, dan dapat tahan selama 8 jam bau rose dia...hewhew

Best kan? Best kan? rambut dah tak gugur, baunya wangi dan dan dan dapat lebatkan serta sihatkan rambut juga dengan adanya vitamin E dan collagen dan ramuannya. Apa lagi korang nak untuk rambut? semuanya adalah dalam Rose Hair Perfumes ni..apa lagi nak ditunggu? harganya? jangan risau, amat berpatutan sekali, konfem boleh beli..hihi..jomlah try sekali ^__^


CARA-CARA NAK ORDER
 
PAGES: PRODUK RAMBUT
SMS HP6<NAME> ke 013-2662769
                atau inbox di https://www.facebook.com/messages/503829963041655

p/s: dah try sekali, tak nak yan lain dah..hihihi

Pertama Kali Dalam Hidup Makan Benda Ni

!Assalamualaikum!


Okay, excited nak citer ni. Pertama kali dalam hidup aku makan benda ni. Benda kat atas ni haa..korang tahu tak apa?? tak tahu ye? ni lah nak habaq ni..hee. Tadi aku pergilah melilauu kan diri pesta konvo U aku. Jadi ternampaklah benda ni, aku tanya makcik yang jual tu apakah benda ni? makcik tu cakap, nilah sengkuang calit.

Sengkuang memanglah aku suka, ala sengkuang yang biasa ada dalam rojak tu. Kenal?? kalau tak kenal silalah google ye..hee. Tapi ni lah pertama kali dalam hidup aku dengar, tahu, makan sengkuang calit ni. Sengkuang ni dinamakan sengkuang calit, sebab sengkuang ni diletak kan dengan sos dan kacang..rasanya?? tok sah nak katalah, memang yummmyyy..hii..

Aku ni memang peminat tegar sengkuang sebab ianya sangat rangupp..errr rangup pun ranguplah kan..hahaha..sebab tamak punyer pasal kenal makanan baru, dua bungkus aku beli..akak tu pun baik, dia bagi banyak jugak kak aku..al maklumlah pertama kali nak rasa...hewhew

Akak tu cakap, sengkuang calit ni amat femess kat negeri utara,,yeke?? aku memanglah tak tahu, sebab aku ni asalnya pantai timur. Tapi apa pun, memang sangat teruja dapat tahu adanya makanan ni..hee..rupanya banyak lagi makanan kat Malaysia ni aku tak tahu ye...T_T

p/s: sengkuang calit ni memang asal utara ye??heee

Blog Berubah Wajah

!Assalamualaikum!

Errr rasa macam dah lama tak update entry pasal wajah blog ni...*wajahlah sangat kan*..hee. Disebabkan aku rasa blog aku ni macam serabut sangat plus dengan menu tab kartun yang nampak macam budak-budak so aku ambik keputusan untuk suruh akak jia lagi editkan blog aku.

Alhamdullilah, sangat berpuas hati dengan hasil kerja akak jia. Aku hanya menyuruh akak jia editkan menu tab, buang kotak kat sidebar, dan warna tulisan di sidebar. Barulah nampak sikit blog ni, kalau tak memang nampak serabut dengan lalang-lalang..sekarang dah hepy sebab lalangnya sudah ditebas..hahaha




Perasan tak yang header aku pun berubah?? memang ramai yang tak perasan, sape-sape yang biasa jenguk blog aku memang perasanlah..hee..yang berubahnya beauty, travel dan food tu, dulu kan informasi, tips dan blogging. Memang sengaja suruh Azwan editkan balik header tu..sebab aku nak fokuskan kat 3 benda tu sahaja lepas ni.

p/s: nak edit sendiri malas nak godek tengok tutorial, suruh orang jelah yang mampu..hihi
Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^