Kekeliruan



Bila kau ada aku abaikan,
Bila kau tiada aku kesunyian,
Aku keliru antara kekasih atau perasaan kasihan,
Aku keliru antara cinta atau sayang,
Maafkan aku yang perlu membuat keputusan,
Supaya kekeliruan ini dapat diselesaikan.

Bila hati dah tak sehaluan,
Banyak janji yang perlu dilupakan,
Lupakanlah ia dan jangan berdendam,
Moga hidup dalam ketenangan,
Dan kekeliruan dapat dihapuskan.

Bukan sengaja hatimu ku lukai,
Tapi hati ini masih merasai,
Sakitnya bila dikhianati,
Oleh insan yang pernah ku sayangi,
Bagai ditusuk duri yang meracuni.

p/s: Dah lama aku tak tulis sajak kan??hee...sowi..sajak ni khas untuk korang..sedey??sebab mood aku sekarang ni: muram!!


Love until the end



" Love is not about finding the right person, but creating a right relationship. It's not about how much love you have in the beginning but how much love you build till the end "

Kenapa awak tak suka saya?



Ada seorang lelaki yang sangat hensem meminati seorang perempuan yang biasa...lelaki tersebut mencintai perempuan itu dalam diam..tiba-tiba suatu hari lelaki itu ingin menyatakan cintanya kepada perempuan itu...

Lelaki: Awak..kenapa awak tak macam perempuan lain?
Perempuan: Maksud awak?
Lelaki: Yela semua perempuan kat luar sana meminati saya dan sukakan saya,tapi awak tak sama dengan diorang.
Perempuan: Kenapa diorang minat kat awak?
Lelaki: Mereka cakap saya hensem dan sempurna.
Perempuan: Owhh..saya tak mencari yang hensem atau sempurna.
Lelaki: Kenapa?tak boleh ke awak sukakan saya?
Perempuan: Bukan saya tak sukakan awak...tapi saya takut, jika saya sukakan awak kerana kesempurnaan awak, satu hari nanti bila semua itu hilang, mungkin saya tak kan sukakan awak lagi. Saya hanya mencari seorang lelaki yang betul-betul mencintai saya dan terima saya seadanya. Rupa hanyalah satu bonus untuk saya.

Lelaki itu terus terdiam..barulah dia sedar yang kesempurnaan yang ada dalam dirinya belum cukup untuk memiliki seseorang yang dia cintai.

p/s: Rupa paras boleh hilang bila-bila jew..tapi hati yang tulus mencintai tak kan hilang selamanya...^^,

Mak saya nak kawen



ANAK: mak saya nak kawen..
MAk: dengan sapa? Yang x saMe taraf nG kite tu??mak x Stuju!
ANAk: tapi Mak..sy Syg dia..kami sling mnyayangi..
MAk: mak tetap xstju! titik!!
ANAk: sy xkira..sy tetap Nakkan dia..
MAk: Kalo Kau Nk kawen.. kaU keluar Dari rumah ni!
ANAK: mAk! 
MAk : keluar!
ANAK: Oke! OkE! kalu itU yang Mak nAk Tgk! sy Keluar Dari Rumah Ni! (smbil kemas beg pakaian)

tiba-tiba ayah bersuara...

AYAh: nanti anakKu..
ANAk: ahhhh Ayah xpayah Nk halang2 sy! sy Akn Keluar!
AYAh: Sape NAk Halang..ayah Nak ikut sama lAh!
MAk:ABg nk pergi mana??

dengan selamber ayah menjawab

AYAh: kate kalO Nk kawen kene keluar .. :P
MAk: !@#$%^&*

sumber: facebook

"Jom Join BLOGLIST AyuInsyirah tahun 2012".



Aku ada dekat library u aku ni...sambii-sambil tu aku ternampaklah segmen yang dianjurkan oleh kak Ayu ni..hee..apa lagi join jelah..sebab syaratnye simple jew..just follow kak ayu pastu buat entry...senangkan??jomlah join ramai-ramai..bukan senang nak dibloglist oleh orang lain taw..*klik banner atas untuk join*

If you love someone



If you truly love someone, then the only thing you want for them is to be happy even if its not with you

Jom tukar link bloglist



Selamat petang semua..haa aku tengah bosan sangat ni..tak tahu nak buat*biar assgment menggunung pom..hee*..jadi untuk menghilangkan rasa kebosanan ni aku nak buat satu segmen..bukan segmen sangat pom..just nak tukar link bloglist dengan korang...nak tak??

Blog aku ni memanglah baru lagi..tu lah aku tengah cari blogger yang sudi untuk tukar link blog diorang dengan aku...huu..harap sudilah yew..senang jew caranya..korang letak link aku dalam bloglist korang..dan aku akan letak link korang dalam bloglist aku*tak payah buat entry pom*..

Haa senangkan??bagi yang nak join just letak link blog korang dekat komen bawah entry ni...pastikan korang dah letak kan link aku kat bloglist korang..sesiapa yang dah pernah letak kan link aku kat blog korang..bolehlah gak letak link korang kat komen bawah ni yew..*aku akan letak sekali*

p/s: just untuk blog yang ada senarai bloglist sahaja yew...

Komen pertama di blog



Malam-malam yang sunyi ni kan..aku teringat balik komen pertama yang aku dapat masa aku berblogging ni...komen pertama yang aku dapat berbunyi seperti di atas tu..huu..masa tu seronok sangat sebab pertama kali orang komen kat blog aku*sape tak suka kan*..dan dia tu kawan aku sendiri..terima yew saleha^^,..

Masa mula-mula ada blog dulu, aku tak tahu sangat nak tulis apa..biasanya tengok blog lain tulis pastu aku tiru jew idea diorang nak tulis apa*biasalah budak baru belajar kan*...kalau tengok balik apa yang aku tulis mula-mula dulu...malu pulak rasanya..*entah apa aku tulis masa tu*...hee..yang aku tahu aku suka orang komen dekat blog aku..rasa macam dihargai*korang rasa camtu tak?*

Komen pertama yang aku dapat ni ialah dari entry ni*picit cini*..ni adalah entry terawal yang aku buat..dulu aku suka letak gambar yang aku ambek dari google..yela tak tahu nak letak gambar apa kan..nak tulis panjang-panjang tak reti..haha..lawak pulak kalau teringat balik.

Sebenarnya kan..aku memang suka orang komen kat blog aku..ada yang mengutuk..ada yang memberi sokongan..tapi semuanya aku publishkan..yela..kalau orang kutuk tu maknanya aku kena ubahlah apa yang tak ok tu kan..*pikir positif jelah*...

Kadang-kadang aku rasa malu kat blogger yang komen kat blog aku..sedangkan aku jarang komen kat blog diorang..bukan aku tak nak komen tapi broadband aku ni selalu slow macam siput..huu..maaf yew kalau aku tak balas komen korang...*betol-betol mintak maaf*...

p/s: komen pertama blog korang pulak sape ek??..heee

Biar Tidak dihargai



Duhai remaja,
Biar DIRIMU tidak di hargai,
tetapi masih ada harga diri,
daripada hilang harga diri,
demi untuk dihargai ~ 

Siapakah jodoh kita?


Pernah tak korang tertanya-tanya, siapa jodoh korang??tak pernah?*jangan nak bohong yew*..hee..aku selalu tertanya-tanya dan selalu tanya kawan aku gak..siapalah agaknya bakal pasangan kita nanti ek??baik ke dia,hensem ke,rendah ke tinggi??solat tinggal ke tak??family dia macam mana??huh banyaknya tanda tanya kan..yela..kita bukan just kawen dengan dia,malah dengan family dia sekali taw.

Masa sekolah dulu, ustazah aku selalu pesan..kalau kita jodoh yang baik kita kenalah jadi baik dulu...*ni perangai macam apa,nak yang baik-baik*..tapi memang fitrah manusia nak kan yang baik-baik kan..kalau tak cayer tanyalah lelaki yang kurang baik kat luar sana..konfem diorang nak yang baik-baik..*adoii sapelah nak perempuan yang tak baik kan*..

Kata ustazah aku lagi..mulai sekaranglah kita perlu berdoa supaya kita mendapat jodoh yang baik-baik...sepatutnya dari kecil lagi kita berdoa taw..tak kiralah kita ni kawen bila, doa untuk mendapat jodoh yang baik tu harus dilakukan*doa kan senjata orang islam*..

Jodoh maut semuanya rahsia tuhan...apa yang boleh kita lakukan ialah berdoa...semoga Allah berikan kita jodoh yang baik seprti yang kita mahukan*InsyaAllah, Allah tak pernah mengecewakan kita*...yakinlah...dan teruskanlah berdoa..^_^

p/s: Bila dah berdoa untuk jodoh, jangan lupa doakan juga sahabat kita di Gaza sana..

Segmen Kenal-Kenal Bersama Aisyah Humaira'



Aku join segmen Aisyah humaira'..segmen ni best sebab kite boleh kenal dengan blogger lain taw..jom jin ramai-ramai*tekan header atas untuk join*

About Me

Nama Sebenar: Wan nabila binti Wan mohd noor
Panggilan: ila (family), nabila/biela (kawan kat sekolah dan u)
Asal Usul nama blog: Banyak kali bertukar nama..hee..tapi yang latest nabila biela lah
Umur: Hmmm saya ni muda lagi...sweet 21*muda lah tu kan??^^,*
Status: Ofkos single*masih mencari..hahaha*
Pelajaran: InsyaAllah future counselor..heee..degree at USIM*kite sama kan niera?*



Header untuk Kiera


Ello semua..aku baru jew habis buat assgment tadi, pastu untuk lepaskan stress aku pom buatlah header blog untuk kawan baik aku..iaitu kiera. Kiera ni kawan baik aku masa sekolah dulu..hee..memang boleh dikatakan rapatlah..

Sebenarnya dah lama aku janji dengan kiera nak buat header ni untuk dia, tapi disebabkan assgment yang banyak jadi terpaksalah aku tangguhkan dulu..*maaf yew kiera*..header yang aku buat ni pom simple jew kan..yela nak buat cepat-cepat..huu..

Aku cadangkan kiera untuk buat warna biru+pink..tapi aku pulak yang pandai-pandai ubah buat warna pink+purple...*baru comey sket kowt*....muhahaha..mentang-mentang aku suka warna pink kan..tapi aku tahu kiera pom suka warna pink..*kan kiera kan??*..

Aku baru jew belajar buat header ni..jadi taklah secantik header yang dibuat oleh pengedit blog yang lain..aku buat ni pom just suka-suka...aku rasa happy tengok header yang aku buat..*rasa puas*..dan dalam masa yang sama aku dapat lepaskan tension aku.

p/s: korang nak jugak?boleh jew..just cakap nak tulis apa dan warna apa..bila aku free aku buat..^^,

Semangat yang hilang



Awak semua yang belom tidow lagi..tengah buat apa?*tak payah nak tanya sangatlah..komfem ar online kan*..hee..aku baru siap buat satu assignment tadi..tapi ada satu lagi yang tak siap..sebab aku dah tak ada semangat nak buat...jadi aku lepaskan stress aku dekat blog kesayangan aku ni..yang satu lagi kena hantar jumaat ni*lambat lagi kan?*...^^"

Tujuan aku tulis entry ni sebab aku nak pinjam semangat korang jap..boleh tak??semangat yang baguslah..contohnya semangat rajin buat kerja ke, semangat membaca ke, atau semangat lain yang dapat membantu aku untuk terus siapkan assigment aku ni..huuu..*gelisah jew selagi tak siap*

Eh korang jangan bimbang..aku nak pinjam untuk minggu ni dan minggu depan jew..boleh tak?korang jangan bagi semangat yang tak bagus pulak kat aku..mcam semangat makan dan tidow...*makin malaslah aku jadinya*..

Dengan badan yang penat dan mata yang layu ni, semakin hilanglah semangat aku...jadi aku harap korang yang baca entry aku ni boleh pinjamkan semangat korang dekat aku yew...*nanti aku belanja aiskrim*...haa mesti semua nak kan..muahaha..

Terima kasih yew semua sebab dah bagi pinjam semangat korang dekat aku*eh tibe-tibe?*..ala aku kenalah yakin dengan korang..aku tahu kawan-kawan aku ni semuanya baik....lagi-lagi lah kawan aku yang bernama sang blogger ni kan..hee*ada kebodekan kat situ*



Terima kasih sudi baca..sekian..

p/s: apalah aku merepek malam-malam ni..maaf yew semua..daa..nak cari semangat balik...^^,

Jadilah Diri Sendiri



Hello si blogger kacak dan comel semua...dah abis bercuti??haa esok dah kena kerja or pergi kelas balik kan*bagi yang sekolah tu untunglah, banyak lagi cuti*..tak ke jeless bunyinye tu..heee..apa pun tiada lagi rehat mulai esok dan hari-hari selepasnya*assgment berlambak + quiz midterm*

Sebenarnya hari ni aku teringat kat mak aku. Teringat kat pesan dia yang selalu suruh aku jadi diri aku sendiri. Kisahnya macam ni, aku ni selalu ikut gaya orang sekeliling aku ni. Gaya apa??gaya tudunglah..heee..aku suka tukar-tukar jenis tudung*yela nak mencuba*..nampak orang pakai tudung jenis Indon tu..nak pakai jugak..lepas tu shawl..dan sekarang tudung bawal pulak..*pening aku*

Kalau kat kampung aku kat terengganu tu, ramai orang pakai tudung Indon tu..tapi bila aku datang jew belajar kat Nilai ni..tengok ramai pakai tudung bawal pulak..jadi aku ni yang jenis mengikut terus beli tudung bawal banyak-banyak*semua warna ada*..ikut perkembanganlah sangatkan.

Mak aku marahlah kat aku, sebab mak aku cakap aku ni tak boleh jadi diri sendiri..yela, selalu ikut cara orang je kan..kata mak aku"cubalah jadi diri sendiri, kan elok macam tu..tak kan orang nak terjun bangunan pun kita nak ikut?"..huishh aku yang dengar ni terasa sangat-sangat..lepas tu aku terus cakap kat mak aku yang jenis tudung bawal ni kowt yang last aku pakai..heee ^^,

Aku bangga dengan mak aku..dari dulu sampai sekarang mak aku tetap pakai tudung labuh yang jenis sama..walaupun aku dan adik-adik ada hadiahkan tudung jenis lain, mak aku tak pakai dan just pakai dalam rumah jew...*kuat betul pendirian mak aku*

Kesimpulannya kat sini..jadilah diri kita sendiri..jangan nak ikut orang sangat..kalau apa yang kita buat tu betul,teruskan jew..jangan berpaling lagi...satu lagi buat apa-apa tu buatlah mengikut kemampuan kita, itulah yang terbaik sebenarnya.

Sekian..terima kasih sudi bacer..^_*

p/s: satu hari nanti aku nak jadi macam mak aku..insyaAllah....


Segmen Follow Sampai Pengsan


Aku join segmen lagi...*nak join?just tekan banner kat atas ni*..

FOLLOWER sekarang

897 orang

Pesan Pada Diri




Segmen Pendek : Nak Masuk Bloglist Miss z



Aku join segmen kat atas...nak join jugak yew..tekan banner kat atas ea..syarat dia senang sangat-sangat..just follow miss z dan buat entry...*jom join ramai-ramai*...comey kan header dia...hee

Dapat Vector dari Din


Salam ceria dan salam bahagia buat semua yang sedang bercuti kat rumah or kat mane-manelah sekarang ni..heee aku hepy sangat hari ni sebab bukak jew blog tengok kat chat box Din graphic cakap vector aku dah ciap...excited giler aku,cepat-cepat aku pergi tengok vector aku kat blog dia...haha

Walaupun dia cakap dia buat tak berapa kemas..tapi aku tak kisah..sebab aku faham yang dia baru belajar buat vector sebenarnya..*betol tak Din??*..hehe...apa-apa pom terima kasih banyak yew Din..bukan senang nak dapat vector dari orang ni..free pulak tu..*benda free memang best*

Sebelum ni aku dah pernah dapat vector dari Alysya.Jadi ni kali kedualah aku dapat vector, semua yang aku dapat free taw..*bangga lah tuh*..haha..bukan nak tunjuk bangga, tapi nak cakapnya kat sini siapa cepat dia dapatlah kan..

Haa korang mesti nak tengok vector Din buat kat aku kan..korang bolehlah tengok kat bawah ni..dan kalu korang nak jugak bolehla suruh Din buatkan*tu pom kalau ada kosong lagilah*...aku tak pasti sama ada terbuka ke tak lagi..korang boleh tengok kat entry dia yang ni TEKAN CINI.

Ni gambar sebelom divector

Gambar yang divector

p/s: terima kasih daun keladi, kalau ada masa buat satu lagi yew din??hee...^_^




Jom Blogwalking Sambil Follow


Ello...ello..ello..ada orang tak lagi ni??ke semua dah tidow..hee..eh jangan salah faham entry ni bukan entry segmen taw..aku just nak kongsikan link url blog yang pernah join segmen aku sebelum ni..korang mesti nak tambahkan bilangan follower korang kan??so, kalau nak orang follow kita,janganlah malas nak follow dulu taw..nanti tak ada sape pom nak follow kite*haa baru padam muka....dushhh*

Jadi aku yang baik hati ni*baiklah sangat..hehe* nak mudahkan korang blogwalking dengan korang bolehlah tengok senarai peserta segmen aku sebelum ni untuk berblogwalking...kat sini aku senaraikan peserta segmen aku sebelum ni..korang boleh tengok kat bawah ni yew..

PESERTA SEGMEN GRAND BLOGWALKING
PESERTA SEGMEN JOM TUKAR LINK BLOGLIST
PESERTA SEGMEN BLOGWALKING TERGEMPAK

Haa ramaikan peserta tu...jadilah nanti korang bolehlah tambahkan kenalan blogger korang..best apa ada kawan ramai..kawan ramai tak rugi taw...bak kata orang berkawan biar beribu..bercinta??sambung sendirilah yew...muahahaha

p/s: jangan blogwalking jew...followlah sekali baru best!!!

Hati Baik Wajah Cantik



Lama-kelamaan orang yang baik
akan kelihatan cantik.....
Bukan kerana wajahnya berubah
tapi kebaikannya yang telah
mengubah hati orang yang memandangnya..
Pahrol Mohd Juoi 

p/s: bila hati baik, wajah akan kelihatan cantik..^_^

Azam Baru



Salam Maal Hijrah semua..kiranya malam ni dah masuk tahun baru Islamlah yew..jadi korang dah ada azam baru ke tak ni??haa satu lagi yang paling penting dah baca doa awal tahun baru ke belom??kalau belom bolehlah pergi baca*sempat lagi ni*..hee

Sempena awal tahun baru Islam ni, marilah sama-sama berhijrah dari buruk kepada yang baik. Janganlah kita bimbang, pintu taubat Allah selalu terbuka untuk hambaNya yang ingin kembali kepadaNya. Kalau dibandingkan pengorbanan nabi kita dulu daripada kita sekarang jauh bezanya..sebagai ummat akhir zaman ni kita perlulah hargai pengorbanan nabi kita dulu yang bersusah payah untuk sebarkan Islam yang kita miliki pada hari ni.

Azam baru aku pada tahun baru Islam ni banyak sebenarnya..hurmm..*perlu ke aku senaraikan??*..hehe..perlu kot untuk peringatan kepada diri aku sendiri..antara azam baru pada tahun ni ialah:

1) Berubah menjadi seorang yang lebih baik
2) Solat diawal waktu*terutamanya subuh*
3) Menjaga hubungan sesama manusia
4) Maafkan kesalahan semua orang sebelum tidow*selalu lupa*
5) Tidak tidow dalam kuliah*takut lc kecik hati..huuu*
6) Dengar cakap mak ayah*jadi anak solehah..heee*

Haa banyak kan azam aku pada tahun ni..insyaAllah aku akan laksanakan azam baru aku ni mulai esok...korang semua doakan aku yew...ehh korang buatlah azam baru korang pulak..aku nak tengok gak azam baru korang.

p/s: perubahan memang memerlukan perngorbanan




Rupa sebenar burung dalam game "ANGRY BIRD"


 
Korang semua pernah main game angry bird??hah tak tahu??*jangan nak menipu sangat yew* sedangkan aku yang matang ni pom main dan tahu apa itu angry bird..korang mestilah lebih pakar dari aku kan?haha..watak burung dalam angry bird ni memang wujud taw...tadi aku terbaca sebuah blog yang tunjuk kan burung-burung angry bird yang real punya taw..jom tengok sama-sama...
 













p/s: same kan??comeyyy kowt burung-burung ni

 
Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^