When you stop trying


When you stop trying to find the right man and start becoming the right woman, the right man will find his way to you.

Kembali ke Kampus



Hye readers..esok aku dah kena balik ke u..hurmm rasa tak puas lagi duduk kat rumah ni....*selalu macam tuh*..huuu..sebenarnya cuti habis hari ahad ni tapi sebab aku kena pergi kem kelab srim,so terpaksalah kena datang awal ke u...kem tu pada hari jumaat ni, jadi dalam 3 hari termasuk esok memang blog aku ni sunyilah...sebab kem tu 3 hari taw..*tak sabar jugak nak pergi kem sebenarnya*..hee

Kem tu akan dibuat dekat kuala kangsar perak...haa siapa orang perak cini??*angkat tangan cepat*..sebenarnya mula-mula orang atas cakap buat kat pahang..aikk tiba-tiba jew tukar tempat pulak..tapi bagus jugak sebab kalau kat pahang banyak hutan...takut jugak nak masuk hutan..dan aku tanya kawan aku yang budak perak ni...dia cakap kat kuala kangsar ni bandar...*fuhh lega gila*..so,tak payahlah masuk hutan bagai kan...

Korang tunggu jelah gambar-gambar aku kat kem nanti eh...hurmm mesti seronok kem ni sebab campur dengan u lain gak...dengar cerita gabung dengan UNITEN dan UPM...waa....dapatlah kenal kawan baru nanti....*best kawan ramai taw*

Tapi hari ni memang rasa macam tak ada mood...hurmm cepatnya masa berlalu....kejap sangat cuti ni aku rasa...huuuuu...tak puas lagi lah...macam mane pom aku kena kuatkan semangat untuk pergi u esok..tak boleh sedey-sedey*xmo2*
Eh tak ingat nak cakap kat korang..kalau aku buat segmen blogwalking lagi nak jon tak??tapi segmen kali ni memang grand lah sebab aku dah dapat sponser..hehe...tapi nak cari ramai lagi sponser..supaya korang semua akan dapat hadiah...haa suka tak??*aku pom rasa nak join,aci tak??*..
p/s: sekarang ni tengah bertungkus-lumus mencari sponser untuk segmen baru aku nanti...winkkk...

Lebih Indah



Saat orang berbicara buruk mengenai kita, padahal kita tidak pernah mengusik kehidupan mereka, itu petanda bahawa kehidupan kita sebenarnya LEBIH INDAH dari mereka..

Kesunyian ini



Sunyi,
Perasaan yang paling ditakuti,
Bagi insan yang sering didampingi,
Oleh orang yang dia sayangi,
Pasti rasa ini paling dibenci.

Namun,
adakah rasa sunyi ini selalu menyelubungi?
sedangkan kita ada Tuhan untuk meratapi,
setiap masalah yang sukar untuk dijalani,
Pasti Dia lebih mengetahui.

Aku sendiri dimalam sunyi,
Merasakan perasaan yang seakan sepi,
Cerita semalam bagai termimpi-mimpi,
Sungguh sakit jiwaku ini,
Bila mengingatkan apa yang terjadi.

Kesunyian ini,
Jauhlah dari sanubari,
Kerana aku telah menyedari,
Rasa ini tak kan selamanya dihati,
Cuma kesabaran yang tinggi perlu aku gagahi.

p/s: lama tak buat sajak..maaf eh..malam ni tiba-tiba rasa nak berjiwang sikit,,selamat membacer^_^



Nikmatnya Perpisahan Insan 'Bercouple'.



"Aku memang sangat mencintainya. Tapi aku terpaksa clash dengan dia.."
"Kenapa pulak?"
"Sebab aku selalu ingat dia sampai aku selalu lupa Allah."
Pergh.. terbaiklah bro! Alhamdulillah..

Beruntung siapa dapat kekasih sepertinya. Bayangkanlah.. Tentu dia sudah dapat merasai penangan cinta daripada Allah sehingga sanggup untuk berpisah dengan insan yang selalu disayanginya dengan cara yang salah.
Ya.. begitulah.. Memilih untuk berpisah kerana Allah adalah keputusan yang sangat bijak. Itulah pilihan iman sebenarnya. Apabila menyedari diri sering terjebak dengan dosa ketika ber'couple', iman yang ada dalam diri pasti akan menegur. Sangat terbaik orang yang sanggup menerima teguran daripada iman itu.
~Cepat-cepatlah terima teguran iman di hati sebelum nafsu mengambil alih. 

Sememangnya terbaik. Itulah keputusan yang membawa manfaat buat dirinya dan kekasihnya. Bercintalah. Tapi buatlah keputusan untuk tidak ber'couple'. Selepas keputusan itu dibuat, akan berkurang atau tiada lagi episod-episod berpegangan tangan, bersentuh-sentuhan, bermanja-manjaan, membuang masa bersama, tinggalkan solat bersama, dan macam-macam lagi yang tidak sepatutnya berlaku sebelum kahwin. Masing-masing terhindar daripada maksiat dan dosa.

Itu barulah 'saling menyayangi' namanya. Mahu berpegangan tangan hingga ke Syurga atau ke Neraka? Tiada siapa yang mahu bersama ke Neraka bukan? Namun siapa yang betul-betul mahu bersama hingga ke Syurga?

Kadang-kadang kita merasakan nikmat ber'couple' itu terlalu indah. Lalu kita suka. Tapi sebenarnya itu hanya sangkaan. Mainan nafsu. Direct to the point, ber'couple' (sebelum nikah) tidak baik untuk kita. Sebab itu Allah mengizinkan berlakunya 'kehilangan' atau perpisahan. Kerana 'kehilangan' atau perpisahan yang kita tidak suka itu sebenarnya baik untuk kita.

Allah 'Azza Wa Jalla berfirman;
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu.Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui"
(Surah al-Baqarah ayat 216)
"biarlah kita kehilangan si dia kerana Allah. Jangan kita kehilangan Allah kerana si dia."

Sahabat-sahabat semua.. Marilah sama-sama kita renungkan... Belum tentu pasangan kita itu adalah suami kita atau isteri kita. Kita 'bercouple' bagai nak rak, tiap malam bergayut dengan suara manja tanpa kita menyedarinya, waktu pagi bertemu berkepit ke hulu dan ke hilir tanpa rasa bersalah, semuanya hanya keindahan yang sementara.

Jika pasangan kita itu ditaqdirkan menjadi suami atau isteri kita, keindahan yang selalu kita nikmati di fasa sebelum pernikahan semakin suram. Jika dulu hampir setiap hari bertemu, namun setelah berada di alam pernikahan pandang pun menjadi jemu. Segala keindahan alam perkahwinan yang sepatutnya dinikmati di fasa tersebut turut hambar kerana sudah pun dirasai sebelum akad termeterai. Tiada lagi kejutan mahupun 'suprise' yang membahagiakan kerana hampir kesemua telah kita hadam dan menjadi perkara biasa kepada kita.

Kesimpulannya, serahkan lah hati kita kepada Allah. Simpankan rasa itu semata-mata hanya untuk Allah SWT. Biarkan Allah temukan hati yang mencintai Allah itu dengan hati yang lain, yang mana hati itu juga turut mencintai Allah. Yakinlah, jika kita menghiaskan hati ini dengan cinta Allah, pasti cinta yang hadir itu sentiasa mekar dan tidak akan layu. Malah cinta itu pasti kekal sentiasa kerana sandarannya juga adalah Zat yang Maha Kekal.

Marilah kita hayati dan amalkan doa ini. Semoga Doa Nabi Daud A.s ini memberi kita semangat dan teguh dalam mencinta Allah SWT sepenuh hati kita melebihi cinta kepada makhlukNya.

" Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, Dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan, Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, Dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu,

Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.

Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, Rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh, Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.
(Hadis riwayat At-Tarmizi, Rasulullah SAW bersabda, "Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s"
Wallahu Ta'ala A'lam
sumber
p/s: i'm proud to be a single right now...how about u??^_*

Punca Wanita Cepat Tua dan Gemuk!



Alasan ‘awak nampak tua!’ ‘awak dah gemuk ‘ dan ‘awak tak secantik dulu’ selalu diberi oleh segelintir suami kepada isteri sebagai tiket untuk cari perempuan lain atau berpoligami. Tapi si suami tak sedar , isteri mereka nampak tua dan gemuk disebabkan sikap ignorant mereka jugak…..

Tahukah anda;

1. Makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar-benar hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk.. Tapi  kaum ibu, mereka terpaksa makan laju-laju, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis. Si suami, selamba saja sambung makan, buat-buat tak dengar anaknya menangis. Jadi, wanita pun mudah jadi gemuk sebab  tak sempat nak hadam makanan  betul-betul.

2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yg akan menghabiskannya pulak. Sayang katanya…takut membazir.. Membazir tu kan amalan syaitan. Si suami pula dengan riaknya mengatakan “awak ni kuat makan betullah!”

3. Bila anak menangis tengah malam nak susu, bapanya akan tidur mati. Kalau dengar pun buat-buat tidur juga. Malas nak bangun. Wanitalah yang dalam satu malam, entah berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu untuk anak. Bila tak cukup tidur, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut-kedut pun mula timbul.  Masa tu kalau guna Total Effect Anti Aging pun dah tak guna. Kepada wanita-wanita malang kategori ini, ada dua petua untuk kekalkan kecantikan; minum air banyak-banyak, dan TIDUR SECUKUPNYA.

4. Wanita yang berkerjaya pulak, dahlah penat bekerja nak membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dia yang kena uruskan. Dengan perangai anak-anak, perangai bapak anak.. Nak itu, nak ini. Jadi, wanita pun membebel, marah-marah… Dan bila banyak marah dan banyak berleter,  cepatlah pula menjadi tua walaupun marah kerana sayang.

Kesimpulannya, wanita cepat tua & cepat gemuk adalah disebabkan segelintir  LELAKI atau lebih tepat lagi segelintir SUAMI.. Oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri anda.  Kalau sehari  je isteri korang takde, dan korang  perlu memikul  tanggungjawab dia, nescaya hidup korang  akan tunggang-langgang. Jangan pandai ambil jalan mudah, tinggalkan isteri yang dah tua dan gemuk sebab korang & pergi cari perempuan kurus keding. Dan kalau nak isteri tu cantik, janganlah kedekut nak belikan produk2 kecantikan.
sumber 
p/s: jangan marah-marah dan jangan makan banyak sangat yew... 

Petua Hilangkan Jerawat



Jerawat adalah masalah anak muda tetapi ia juga melibatkan orang dewasa. Jerawat terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka , dada dan belakang iaitu kawasan yang mempunyai banyak bulu roma.

Liang minyak yang tersumbat akan menjadi bintik putih jika ia terjadi di bawah kulit atau bintik hitam jika di lapisan luar kulit. Kulit akan menjadi kemerahan jika radang terbentuk di sekeliling liang tersebut.

Lebih besar kawasan radang lebih mudah terbentuk nanah dan akan meninggalakan parut jerawat jika tiada perawatan dan ubat yang sesuai. Menghilangkan parut jerawat lebih sukar bila perawatan diabaikan.

Wajah muka yang penuh dengan parut jerawat sudah tentu menghilangkan seri dan keyakinan diri.


Punca jerawat

# Faktor hormon terutama untuk perempuan dalam lingkungan umur subur adalah punca  utama masalah jerawat. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20an.

# Faktor seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan.

# Penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12.

# Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.

# Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.

# Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas.

Kebanyakan jerawat akan hilang sendiri jika kulit sentiasa bersih dan sihat. Tetapi sesetengahnya boleh menjadi teruk dan kronik.


Petua dan cara menghilangkan jerawat dan mengurangkan masalah darinya.

# Bahan paling mudah untuk mengeringkan jerawat adalah krim yang mengandungi Benzoyl peroxida. Dalam kepekatan 5 atau 10 peratus ia mengering dan memudahkan sumbatan liang minyak tanggal. Kesannya boleh dilihat dalam tempoh empat hinga enam bulan.

# Basuh kulit setiap hari tapi jangan terlalu kasar atau kerap.

# Gunakan pencuci kulit muka yang lembut dan air. Pencuci yang mengandungi granule boleh juga digunakan.

# Cuba elakkan sauna muka kerana ia mungkin menjadikan jerawat bertambah teruk.

# Jaga pemakanan anda. Elakkan makanan yang mungkin membuat jerawat lebih teruk. 


# Setiap orang mempunyai alahan kepada jenis makanan yang berlainan dari orang lain.

# Dapatkan rehat yang cukup kerana jerawat mungkin timbul dari perasaan tertekan, ber masalah dan badan yang letih.

# Memakai pakaian bersenam atau harian yang longgar. Memakai pakaian ketat, tudung atau headband ketat dari kain yang tidak meresap peluh menambahkan pengeluaran minyak dan risiko jerawat dari kulit berminyak.

# Pilih fesyen rambut yang tidak terlalu menutup wajah dan jaga rambut supaya tidak berminyak yang biasanya datang dari kulit kepala yang kuat berpeluh. Penggunaan bahan penjagaan rambut berminyak harus dielak. Ikat rambut ketika tidur supaya tidak menutup muka.

# Guna mekap muka berasaskan air. Beli mekap yang "noncomedogenic" atau "nonacnegenic".

# Basuh mekap sebelum tidur. Jangan terlalu banyak menggunakan pelembab kulit muka terutamanya waktu malam.

# Elak cahaya ultra ungu matahari atau lampu. Pendedahan yang melampau atau lama merosakkan kulit dan lapisan kulit akan menjadi tua premature dan menutup liang sebum.

# Jangan picit jerawat kerana ia akan menambahkan radang pada kulit dan kulit akan menjadi berlubang dan berparut.


Rawatan Untuk Jerawat.

Liang yang tersumbat harus dibuka. 

Ini boleh dilakukan menggunakan produk jerawat yang membuang lapisan atas kulit seperti asid glycolic (alpha hydroxy acid-AHA, poly hydroxy acid-PHA), asid salisilik, benzoyl peroxide atau retinoic acid dalam bentuk cream, lotion atau cecair. Selain menghilangkan jerawat baru, penggunaan berterusan boleh juga menghilangkan parut jerawat.


Mengurangkan jangkitan bakteria.
Menggunakan ubat antibiotik "oral" seperti tetracycline, erythromycin boleh dimulakan jika rawatan awal untuk jerawat tidak berkesan. Antibiotik dalam bentuk krim seperti clindamycin dan lain-lain boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat yang baru jika tidak mahu menggunakan ubat antibiotik "oral".

Mengurangkan aktiviti kelenjar minyak.
Ia boleh juga dilakukan untuk merawat jerawat. Ubat yang biasa digunakan adalah seperti estrogen dan isotretinoin.

p/s: bagi aku sendiri,banyak kan basuh muka dengan air bersih...^_^

Presiden termiskin di dunia



Sebagai seorang pemimpin sudah tentu ia akan dilimpahi dengan harta kekayaan dan kemewahan. Namun tahukah anda terdapatnya seorang presiden yang digelar sebagai presiden termiskin di dunia.

Seorang presiden umumnya hidup penuh dengan kekayaan dan nikmat dengan pelbagai fasiliti dan kemudahan yang diberikan. Namun percaya atau tidak, hal ini berbeza terhadap dengan seorang presiden ini. Beliau telah mendapat sebuah gelaran dari rakyatnya sebagai ‘presiden paling miskin di dunia‘. Presiden itu bukan di Malaysia, tetapi Dialah Jose Mujica, presiden Uruguay dijuluki sebagai “el presidente mas pobre” yang bererti presiden termiskin. Ini disebabkan presiden yang berusia 77 tahun ini menyumbangkan hampir seluruh gajinya sebagai orang nombor satu untuk rakyat.

Kepada surat khabar Sepanyol, El Mundo, Jose Mujica mengaku menerima gaji sebesar USD 12.500. Namun ia hanya mengambil USD 1.250 dari gajinya. Alhasil ia pun dianugerahi gelar lain sebagai presiden paling dermawan di dunia.

“Saya baik-baik saja dengan jumlah  itu, kerana di Uruguay banyak yang hidup dengan penghasilan yang penghasian yang jauh lebih sedikit dari itu.” tuturnya merendah.

Seperti yang dilansir oleh Yahoo, Jose Mujica juga mengajak isterinya yang merupakan seorang senator untuk melakukan hal yang sama.

Jose Mujica tinggal di rumah pertanian di Montevideo. Selama dirinya menjadi presiden, pengeluaran terbesar yang pernah ia keluarkan adalah pembelian sebuah kereta Volkswagen Beetle, senilai USD 1.945.

Hal positif lain yang patut ditabik di masa kepemimpinan Mujica adalah tingkat korupsi yang paling sedikit di antara negara di benua Amerika Selatan. Lelaki yang merupakan mantan pejuang gerila ini sama sekali tidak memiliki akaun bank ataupun hutang. Meski begitu ia mengaku memiliki satu hal berharga yang tidak boleh dibeli oleh wang, iaitu anjingnya, Manuela.

Diketahui, Jose Mujica bukanlah presiden pertama yang menyumbangkan gajinya. Presiden AS John F. Kennedy, menyumbangkan gajinya, hal serupa juga dilakukan Presiden Herbert Hoover.

Selayaknya hal ini patut di contoh bagi para pemimpin di dalam negeri kita. Pemimpin yang benar-benar mengabdikan diri dan kekayaannya untuk rakyat. Bukan hanya untuk kekuasaan dan harta.
sumber 
p/s: susahnya nak dapat presiden camni kan??tabik springgg!! 


China Bina Tangga Ke Syurga?



Stairway To Heaven Hanya Di China.Hanya melihat tangga ini sudah cukup untuk membuat siapa pun kagum melihatnya. Sebuah tangga spiral setinggi 300 kaki atau 91 Meter telah dipasang di dinding Pegunungan Taihang di Linzhou untuk menawarkan sensasi gunung tanpa bahaya.

Namun tidak semua orang boleh menaiki tangga ini, hanya orang-orang dibawah usia 60 tahun dan tidak memiliki masalah jantung atau paru-paru yang diperbolehkan naik tangga ini.

Pejabat pelancong China di Linzhou, Henan provinsi, berharap tangga ini akan memberikan pengunjung pengalaman nyata dari pergunungan. Keluasan Gunung Taihang meliputi 250 mil dari utara ke selatan dan berjalan melalui Shanxi, Henan dan provinsi Hebei.

sumber
p/s: bilalah dapat merasa pergi kat sini yew....

Pengumuman Penting



Hye...hye..hye...aku baru siap review semua peserta yang join segmen aku tadi...tiba-tiba aku terfikir satu idea...iaitu aku nak buat satu pengumuman yang penting*bagi aku lah*..hikhik..pengumuman nye..start bulan depan aku kan review blog dan siap letak dalam bloglist lagi blogger yang suka komen kat blog aku.

Macam mana nak tahu siapa yang banyak komen??jangan risau..dekat sidebar aku tuh kan ada kotak tukang komen..kalau korang pom ada,maknanya korang berjayalah untuk direview nanti...haa kotak kat bawah ni..jom tengok siapa yang banyak komen..


Haa nampak???Jadi korang bertandinglah secara sihat yew..kalau boleh lawan miz ruha iaitu sebanyak 75 komen...korang memang hebatlah...heee...so, janganlah tunggu lagi...komenlah sepuas hati korang yew...aku tak makan orang...hihi

p/s: Aku akan start review tukang komen ni..bulan depan...tungguuuu yew...^_*

Review Blog: Miz Ruha



Setelah bertungkus-lumus mereview blog segmen aku tuh..akhirnya sampai jugak ke blog terakhir yang perlu direview...blog ni memang special bagi aku..sebab tuan punya blog ni pengomen tegar blog aku...iaitu akak ruha,,hehehe..

Ada sesiapa kat sini suka baca cerpen??akak ruha ada buat cerpen taw...best sangat cerpen dia...tak percaya eh???*gi lah tengok cepat*..aku suka blog akak ruha ni sebab blog dia kemas sangat..tak macam blog aku..nampak terabur jew kan..hukhuk

Akak ruha banyak bagi support kat aku sepanjang aku berblog ni...dia selalu bagi komen dekat aku...wuuu aku betol-betol terharulah..yela bukan senang nak suruh orang komen blog kita kan...terima kasih kak ruha....

Suka blogwalking??Nampak tak header kat atas tuh ada letak bloglist kan??dekat bloglist kak ruha tuh korang bolehla blogwalking...haa best kan..boleh kenal kawan-kawan baru...apa tunggu lagi...*jom terjah!!!tekan header hijau comey tuh,,,*

p/s: Done review semua peserta..fuhhhh legaaaa...

Review Blog: Coretan Cikmisi



Siapa suka purple??*angkat tangan cepat!!*..hee..sampai jugak ke review blog yang kedua last ni...blog purple ni dimiliki oleh keyra nazleen..haa cantik kan header dye...*jelezzz*..muahaha*gelak yang memang tak ikhlas*

Kandungan yang terdapat dalam coretan cikmiksi ni menceritakan tentang kisah hidup keyra sendiri...maknanya semua pasal diary hidup dia lah...macam-macam dia cerita taw...best jugak bacer pasal hidup si blogger ni yew...heee

Aku tengok blog ni pakai domain sendiri..wahhh bestnye dapat pakai domain sendiri..aku entahla bila dapat merasa pakai domain pulak yew.....*tak ke jelesss sangat bunyi nye tuh*...hukhuk..kalau ada orang sanggup belikan..aku terima jew..*ciss...asyik nak free jew*..belilah sendiri!!...haha..*tekan header untuk godek-godek*

p/s: yeaaa...tinggal satu blog lagi nak direview..


Review Blog: INFINITY



Ini bukan blog kanak-kanak..jangan salah faham yew..hikhik..empunya blog ni ialah lokman ramli..waa nama blog yang hebat yew..infinity...eh lokman rupanya asal terengganu jugak..*orang kampung aku rupanya*...selamat berkenalan..

Nama pom dah hebat..isi dia lagilah hebat...macam-macam perkongsian yang lokman kongsikan dalm blog dia..pasal kehidupan dia pom ada jugak...memang menarik dan tertarik ko memang da bomb lah blog lokman ni...

Siapa suka dengar lagu??blog lokman pom ada lirik lagu lah....selain itu, lokman jugak ada menceritakan apa yang menarik di terengganu..haa kalau korang ada merancang nak ke terengganu bolehlah godek-godek kat blog lokman dulu yew.....*tekan header atas untuk terjah*

p/s: aku tengok lokman pom ade review blog..bila nak review blog aku pulak yew..heee*tak malu*

Review Blog: Angel Love Soldier



Angel Love Soldier nama blognya..tuan blog ni suka askar rupanya...*wink-wink*..eh teruk sangat ke pantun aku tuh??sedap jew bunyi nye kan..tapi aku tak tipu taw,tuan blog ni iaitu siti hawa suka askar dan lelaki yang gentleman*adoiii aku pom suka*..hikhik

Hawa ni guru rupanya...*selamat pagi cikgu* mesti best jadi cikgu kan..apa yang aku baca dari profile hawa, hawa suka berita politik..waa mesti tahu banyak benda pasal politik kan*aku suka gak,suka dengar orang cakap jew*...hukhuk

Blog ni ada macam-macam info dan diari kehidupan hawa sendiri..haa nak tahu macam mane hidup sebagai seorang guru,bolehlah pergi ke blog hawa sekarang yew...*tekan header untuk terjah*

p/s: hawa..kenapa suka askar ek??heheh..*soklan cepu emas*

Review Blog: S A N D R A



S A N D R A blog is here!!hehe..siapa tak kenal blog sandra ni...blog ni dimiliki oleh sandra sendiri..banyak benda kita boleh dapat dari blog ni tawa..blog ni ada tutorial blog dan freebies...comey-comey pulak tuh freebies sandra bagi...i loikee...

Siapa yang berminat nak edit blog dengan harga yang berpatutan, blog sandra memang pilihan yang tepat..just RM10 dah dapat blog yang cantik taw...pembayaran pulak melalui to4 jew..haa siapa tak nak kan??aku tengok,sandra edit blog memang kreatif giler*comeyyyy*..*tekan header atas untuk terjah*

p/s: Aku ingat nak suruh sandra edit blog aku gak nanti..tak apa kan sandra?hikhik..


Review Blog: Uranium Lover



Selamat pagi...sihat semua??harap begitulah yew...review blog diteruskan lagi hari ni...blog yang bertuah ialah blog uranium lover..haa unik kan nama blog ni. Tuan tanah blog ni ialah Tyqa Aziz. Aku tak tahu banyak pasal tyqa ni,sebab dekat blog profile dia just tulis nama dia...hukhuk

Walau macam mane pom, tyqa ni rupanya suka bagi nasihat..dekat blog dia siap ada motivasi lagi taw..memang menarik..*aku suka*..hidup kita ni mestilah kena ada makanan rohani kan...jiwa pom perlu makan taw*jangan main-main*

Tengok dari gambar dalam blog profile tyqa,tyqa ni masih belajar lagi agaknya*kalau silap jangan marah taw*..hehe..tyqa dah lama dalam blogging ni,,dari tahun 2008 lagi..haaa lamakan??*aku 2012*..hikhik..selamat maju jaya yew tyqa!!*tekan header untuk ke blog dia*

p/s: Nak review blog lain pulak..^_^


Review Blog: Pen Mata Bulat



Blog Pen Mat Bulat..haa unik kan nama blog ni..blog kali ni warna pink lagi..memang cun blog dia..pemilik blog ni ialah pelangi senja...Pelangi senja ni rupanya suka besegmen jugak..kalau tak percaya pergilah tengok blog dia sekarang..hehe

Haa apa lagi yang korang tunggu...cepat tekan header kat atas tuh yew...blog dia pom menarik taw..macam-macam citer ade..hikhik..

p/s: eh makin pendeklah entry aku..sorry..mata dah mengantuk sebenarnnya...

Review Blog: Monster Cat



Alahai comey betol header blog Monster Cat ni kan..blog dia warna pink gak taw...dah kalau warna pink tuh memang blog perempuanlah kan..jarang sangat tengok blog lelaki warna pink...hihi..*sebenarnya tak pernah pom tengok blog lelaki wrna pink* hah ada??cepat bagitau kat aku siapakah lelaki itu..hikhik

Eh aku dah lari tajuk..oklah..owner of da blog*speakinglah pulak* ialah Fiqah...aku tengok blog dia banyak segmen lah..aku rasa mesti dia suka bersegmen dan membuat segmen kan..kalau korang pom kaki segmen,bolehlah pergi follow blog dia..mesti korang boleh join banyak segmen..hehe

jugak follower dia,mesti fiqah dah lama join blog kan..*untunglah*...aku ni baru lagi sebenarnya..awal bulan 3 tahun ni..*awal lah tuh kan*..pape pom blog fiqah ni memang cute...tengok header dye pom dah tahu kan.*tekan header atas untuk terjah*

p/s: Sorry fiqah kalau ada yang terkurang cakap pasal blog Fiqah...^_^

Pemenang Segmen Jom Tukar Link Bloglist



Hye2 semua...malam ni aku nak umumkan pemenang bagi segmen Jom tukar link bloglist aku ni....pemenang bagi segmen ni hanya 3 orang dan dipilih melalui top refrall.bagi yang tak menang..lain kali cuba lagi yew..ok..pemenang bagi segmen ni ialah..jeng-jeng.............

1) Si Gadis Purplicious
2) Kak Mia
3) Ayu Insyirah

Pemenang akan mendapat header dari aku sendiri..hukhuk..harap korang suka lah...para pemenang bolehlah tuntut hadiah dari aku dengan komen kat entry ni warna dan apa yang nak dituliskan dalam header tuh nanti..korang juga bolehlah letak gambar apa yang korang nak letak dalam header tuh dekat message fb aku yew..hadiah dibatalkan jika tak dituntut dalam masa seminggu.Tahniah bagi pemenang!!

p/s: penat jugak kan buat segmen ni...hehe..

Review Blog: Blog Yang Siot



Blog yang Siot nama diberi...memang power rangerlah blog ni...*sempat lagi berpantun yew*..kreatif giler header kat atas tuh yew..siapalah yang buat..hehe..wink-wink..blog ni kepunyaan syam kyray..blog yang berinfomasi,menarik,best dan macam-macam lagilah..

Blog ni juga menyediakan tutorial blog taw..nak request pom boleh..blog yang menarik ni macam-macam info yang kita dapat taw. Aku memang suka terjah blog-blog yang macam ni..sebab boleh bagu idea nak tulis entry nanti..korang pom suka gak??samalah kita yew.

Apabila dikaji,rupa-rupanya ada 4 orang penulis dalam blog ni..patotlah best..hikhik..penulisnya pom hebat-hebat..camnelah blog tak mantop kan..tak macam blog aku ni..biasa-biasa jew..hukhuk*nada jeles bunyi nye*

Haa menarik tak blog ni??jomlah serbu blog dia ni....tak rugi satu sen pom...hehe..*tekan header kat atas untuk terjah*

p/s: dah penat mereview..nanti malam sambung lagi..nak makan dulu..


Review Blog: Anis Nabilah



Empunya blog ni namanya Anis Nabilah..sedap namanya*sebab namanya sama dengan aku..haha*..anis ni blogger baru rasnya sebab dia mula berblog 3/9 tahun ni..haa barulah tuh kan??tapi blog dia lawa tak macam blog baru jew..hehe

Blog anis ni bestlah sebab dia ada bagi freebies jugak taw...blog dia warna biru lembut camtu...sejuk jew mata tengok..haa dan aku rasa anis ni rendah diri gak sebab kat profile dia just tulis bila dia berblog sahaja..hukhuk

Anis,selamat berblogging yew...dunia blog memang best dan seronok..*bagi akulah*..hehe..jomlah support blog anis nie..*macam biasa,tekan header kat atas*

p/s: baru review 4 blog, ada 11 lagi tak review!!!hukhuk

Review Blog: izzah-norlizah



Hye semua..memang bz aku malam ni..sebab nak review blog koranglah...hehe..nampak tak header hijau yang memang cun-melecun kat atas tuh..tulah header blog Norlizah..comey sangat blog dia..warna hijau taw..ada peminat warna hijau kat sini??*angkat tangan*..

Blog izzah ni ada macam-macam taw..tutorial,tips,freebies pom ada..comey-comey pulak tuh..i loiikee..baik korang pergi terjah cepat blog dia kalau nak freebies tuh..manalah tau kot-kot habis nanti..*banyaklah ko,benda tuh tak kan abislah*..hehe..aku saja jew,tapi seriuss comey freebies dia.

Semoga izzah selalu berblog yew...ehhh..apa lagi,cepatlah tekan header kat atas tuh untuk terjah blog dia...janganlah tunggu lama-lama lagi...

p/s: blognya hijau..tenang mata memandang..kwi3

Review Blog: Spreads the Love



Blog review diteruskan dengan peserta yang ketiga iaitu blog spreads the love kepunyaan Nur Mahirah. Blog yang memang simple dan aku rasa orangnya pom simple gak..*huishh pandai-pandai jew aku kan*..jangan marah yew mahirah..hehe

Mula-mula aku pergi blog ni aku rasa tenang sangat..kenapa??aku pom tak pasti tapi walaupom blog ni simple, isi dalam blog ni memang power!!banyak perkongsian tentang islam dan mahirah selalu mengingatkan tentang agama dalam blog dia..suka sangat-sangat.

Mahirah ni memang rendah diri lah orangnya sebab aku hanya tahu nama dia sahaja di dalam profile blog dia..hukhuk..satu lagi yang aku tahu dia ni sekolah lagi..tapi tak pasti pulak form berapa..maaf yew mahirah..blog mahirah ni memang menarik perhatian aku..aku rasa lepas ni nak pergi selalu lah blog dia..hikhik..*tekan header kat atas untuk ke blog dia*

p/s: Mahirah,teruskan menulis yew..kite suka blog awak...^_^





Review Blog: Shining Shine



Wink-wink..malam ni aku bajet nak review semua blog yang dah sertai segmen review aku tuh..insyaAllah..hehe..nampak tak header yang comey kat atas tuh..kalau nampak gambar camtu apa yang korang fikir??mesti pemilik blog ni suka k-pop kan??bingooo!!!betol2..

Blog Shining shine ni blog kepunyaan Nurul faizah..faizah ni baru umur 12 tahun taw..haa muda kan??kecik-kecik lagi dah ada blog..aku ada blog masa umur 21..*wwuuu malunye aku*..huhu..blog dye warna pink sama macam blog aku..kita sama taste lah..hikhik

Sesiapa yang minat k-pop bolehlah pergi blog faizah ni..haa faizah ni jugak minat G-Dragon taw..ala kumpulan korea yang femes tuh..korang pom minat jugak??bolehlah kongsi minat korang dengan faizah ni..kalau aku minat lee min ho jew..haha..yang pasti blog faizah memang comeyyy dan cute.*tekan header kat atas untuk ke blog dia*

p/s: Faizah orang yang kedua join segmen blog aku...thanks yeww




Review Blog: Din_Graphic



Selamat malam semua...ingat lagi segmen review blog yang aku anjurkan tuh??Seramai 15 orang yang join segmen ni..dan Din ni lah yang pertama join...time kasih yew sebab join segmen biela yang tak seberapa ni..hukhuk

Ok,tanpa membuang masa aku akan mereview blog din ni..Blog ni amat menarik bagi aku sebab macam-macam ade dalam blog dia taw..nama pom Din_graphic kan, so sesiapa yang memang suka benda-benda yang graphic ni bolehlah pergi blog din ni yew..tutorial blog pom ada taw!hehe..

Din ni rupanya pelajar lagi..tapi aku tak tahulah dia belajar kat mana,sebab tak dinyatakan dalam blog dia..cuma yang aku tahu dia memang  sukakan seni grafik , game , dan teknologi. So.., sesuailah dengan nama blog dia kan...huh memang menarik blog dia..jom terjah blog Din.*just tekan header kat atas tuh samapailah kat blog dia*.^_^

p/s: kalau ada yang kurang maafkan saya yew Din..hehe
Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^