BerTaubatlah wlaupun seLalu melakukan dosa Yang saMa

Salam...
sy nak tye...pernah x korang semue brtaubat...pastu lpas korang brtaubat,korang ulang lg mlakukan dosa yang sama n bertaubat lg??sbnarnye Allah trime x taubat kte kali kedua tu?msti smue org tertye2 kan...

Sangatlah besar dosa orang yang menunda-nunda taubat, atau yang sengaja berniat melakukan dosa dengan alasan akan  bertaubat kemudian  diatas dosanya itu. Kita memang tidak digalakkan melakukan perkara ini. Namun, kelemahan jiwa kita sebagai manusia, kadangkala menjebak kita dalam perbuatan dosa yang sama hingga berkali-kali, walaupun sudah bertaubat pada mulanya..

Apakah dalam keadaan  sedemikian kita layak untuk bertaubat?

Sebenarnya, itu HARUS DILAKUKAN. Meskipun terjadi berkali-kali, seperti disebutkan dalam sebuah hadis qudsi, di mana Allah berfirman, “Seorang hamba melakukan dosa dan berdoa,
Ya Rabbi, aku telah melakukan dosa maka ampunilah aku.’

Rabbnya berfirman, Hamba-Ku mengetahui bahawa dia mempunyai Rabb yang akan mengampuni dan menghapus dosanya, maka Aku ampuni hamba-Ku itu”

Kemudian waktu berjalan dan orang itu tetap seperti itu hingga masa yang telah ditentukan Allah, hingga orang itu kembali melakukan dosa yang lain. Orang itupun kembali berdoa, ‘Ya Rabbi, aku kembali melakukan dosa, maka ampunilah dosaku.’

Allah berfirman, ‘Hamba-Ku mengetahui bahawa dia mempunyai Rabb yang akan mengampuni dan menghapus dosanya, maka Aku ampuni hamba-Ku itu”

Kemudian waktu berjalan dan orang itu tetap seperti itu hingga masa yang telah ditentukan Allah, hingga orang itu kembali melakukan dosa yang lain. Orang itupun kembali berdoa, Ya Rabbi, aku kembali melakukan dosa, maka ampunilah dosaku.’

Allah berfirman, Hamba-Ku mengetahui bahawa dia mempunyai Rabb yang akan mengampuni dan menghapus dosanya, maka Aku ampuni hamba-Ku itu’… [Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim lihat: al-Lu’lu’ wa al-Marjan (1754) dan lihatlah: Fathul Baari juz 13 hal. 46 dan setelahnya]

Ini fenomena yang biasa yang trjadi pada masa skrang. ssguhnya kita sbgai manusia biasa xlari dr melakukan ksalahan.Jadi byak kan lah bertaubat,ssguhnya Allah itu Maha Pengampun.Pintu taubat sering terbuka pada hambaNya yg ingin bertaubat.

yA Allah terlalu byak dosa ku...ampunilah aku.......


beRtaubatlah selagi masih ada waktu...


cinta yang mhal xperlu dilafazkn

''bolehkah kita memendam perasaan kita terhadap seseorang?''

~~> Perasaan itu hadir tanpa kita sedari dan pinta. Justeru, berhati-hatilah dengan perasaan ini.

Memendam perasaan, jika ianya adalah mainan yang boleh melalaikan, menjauhkan kita kepada ALlah SWT dan melekakan kita kepada hakikat ubudiyah.- Maka, hembuskanlah ia agar pergi sejauh- jauhnya. Jangan TERPANA dengan bisikan- bisikan yang merosakan.

*SIMPAN lah perasaan itu kepada yang BERHAK.*

Jujurlah dengan diri kepada siapa yang seharusnya kita pendam dan nyatakan perasaan itu kelak.
Kerana, memendam perasaan itu kekadang sangat menyakitkan dan menyeksakan.

Ia akan mengganggu kita, justeru uruslah perasaanmu dengan saluran-saluran yang syarie.






p/s:  ble nk jd cmni?hmmmm

bLe cnta Dia mendhului....




salam......

comey kan bdak kat atas tu...kcik2 da pndai ckp dye syg Allah..huhu..kte y bsar ni??kte slalu bwat bde y Allah xske...tp Allah xprnah dendam ngan kte...Dia selalu bg peluang kat kte spaye kte brubah...yeww...brubah! sbb ape kte ssah sgt nk brubah??sbbnye hati kte dah gelap dan kotor ngan ttik hitam...titik hitam tu y mnutup ati kte spaye brubah...cmne nk ilangkan titik hitam tu?byak kan lah beristifar...berzikir...dan memohon taubat kat tuhan...ssguhnya Allah suke hambaNya y mmhon keampunan kpdNya...jd ape lg?...jom tgok video ttg seseorg ni nak brubah krana Allah....

Tersentuh hati sy dgn hadis ni Nabi pernah bersabda, “Andaikata kepala salah seorang dari kalian ditusuk dengan jarum besi, itu lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya”. (HR. Ar-Ruyany dalam Musnadnya no.1282, Ath-Thobrany 20/no. 486-487 dan Al-Baihaqy dalam Syu’abul Iman no. 4544 dan disahihkan oleh syeikh Al-Albany dalam Ash-Shohihah no. 226)....Ya Allah byak nye dose kte kan??
p/s: kite ble lg?huhu........

biLa Dye MnGujI......

salam....
hye smue...pnah diuji x?hehe..tipulah lau ade org ckp dye xpnah diuji...smue org kat dunia ni pnah diuji kn...mcm2 ujian y dtg lam idop kte...wlaupom msalah n ujian kte xsame tp smue ujian tu dtang nye dr Allah......klau kte diuji ap y kte kne bwat??mngis?slahkn diri sndiri??atau y lbih trok slahkn tuhan?.....JANGAN SALAHKAN SAPE2.....ujian ni mmbuat kte jadi lbih kuat sbnarnye...Allah rndu nk dgar kte berdoa kat Dye...Allah rndu nk kte mngadu msalah kat Dye....kte sring tggalkan Dye,lupekn Dye...tp...pnah k Dye lupekn kte?sbnarnye kte kne sbar utk smue y blaku lam idop kte.....


"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar." - [Al-Baqarah 2:155]





Sabarlah duhai hati…


Tak perlu kau tagih cinta manusiawi yang bersifat sementara.
Ada cinta yang lebih kekal abadi buat dirimu.
Ada cinta yang bisa membuatkan kau mengalirkan airmata ketika hati merindui.
Ada cinta yang mampu memberikan ketenangan pada jiwamu ketika kamu dilanda keresahan.
Ada cinta yang boleh kau jadikan tempat merintih bila kesedihan datang menjenguk.
Ada cinta yang mampu memberikan apa sahaja yang kamu inginkan.
Namun, kadang-kadang cintamu itu pasti diuji.
Sekuat manakah cintamu pada-Nya, sehebat manakah kasih kamu pada-Nya.
Ujian datang dalam pelbagai cara.
Hatta sekecil-kecil perkara untuk menilai kesetiaanmu pada-Nya.
Andai kata kuat dan tetap hatimu pada-Nya, maka bergembiralah.






Jika hatimu goyah dan meragui kasih sayang-Nya selepas didatangkan ujian pada dirimu, maka sedarlah bahawa nilai cintamu disisi-Nya masih lemah.
Kembalilah pada cinta-Nya yang lebih agung dari kecintaanmu buat dunia dan isinya.
Sudah menjadi sunnah-Nya, setiap yang bergelar mukmin pasti akan diuji.
Dari ujian  itulah, Dia mencari hamba-hamba-Nya yang benar-benar mendambakan keredhaan dari-Nya.



Apakah kau sanggup menghadapi segalaan ujian itu?
Namun, tidak ramai yang mahu mencari cinta yang kekal abadi ini kerana tidak mahu dilanda ujian-ujian ini.
Tidak ramai yang mahu mengeluarkan keringat hatta darah sekalipun untuk merasai manisnya cinta yang bertunjangkan kekuatan aqidah terhadap yang Khalid ini.
Maka sabarlah duhai hati.

Apabila telah kau rasakan manisnya cinta dari sang Pencipta,
maka tak perlu lagi kau kejar cinta manusiawi yang rata-ratanya berlandaskan nafsu semata.
Bila telah kau tetapkan hati untuk mencintai Tuhan sekalian alam, maka itulah sebenar-benarnya kecintaan yang sejati.
Dan dalam perjalanan menelusuri denai cintai terhadap-Nya yang sudah pasti disaluti onak dan duri,
akan didatangkan seorang yang turut sama mencintai-Nya sebagaimana dirimu juga.
Sebagai peneman dan yang akan menyempurnakan sebahagian daripada imanmu.
Yang padanya ada ketenangan dan kebahagiaan berpaksikan Tuhan yang Maha Satu.
Maka sabarlah duhai hati.

Tidak perlu kau gundah gulana andainya kau masih tidak berkasih dengan manusia.
Dia akan datang. Itu sudah pasti.
Namun datangnya tiada siapa yang tahu kecuali Dia sang Pencipta cinta itu.
Moga datangnya cinta insani itu, akan menguatkan lagi kecintaanmu buat sang Pencipta cinta itu sendiri.
Kerana jiwa yang sepi tanpa cinta dan kasih dari-Nya, adalah umpama padang pasir yang kegersangan.





Andai perjuangan ini mudah, pasti ramai akan menyertainya...
Andai perjuangan ini singkat, pasti ramai yang istiqamah...
Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan, pasti ramai tertarik padanya...
Tapi hakikat perjuangan bukan begitu...
TURUN NAIKNYA...SAKIT PEDIHNYA...umapama kemanisan yang tak terhingga...

Andai rebah, bangkitlah semula...
Andai terluka ingatlah janjinya...

Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^