Home » » Bila jin naik marah

Bila jin naik marah




Khamis baru ni ada program ceramah pasal perubatan islam dekat kampus aku, dan budak kos aku yang handle sebab ni salah satu dari assignment kiteorang. Ceramah ni best sebab ustaz sulaiman iaitu ustaz dari Darul Syifa' ni suka bercerita..heee..*aku memang suka dengar citer*

Jin adalah salah satu dari makhluk ciptaan Allah, jin pom ada yang Islam dan kafir taw*jangan tak tahu pulak*...macam manusia jugaklah ada yang baik dan jahat..camtu jugak dengan jin ni...ustaz Sulaiman ni pengamal rawatan Islam dalam kes-kes yang berkaitan dengan makhluk halus ni..walaupun ustaz ni berpendidikan barat, tapi ilmu agamanya mantop..

Banyak benda yang dikongsikan oleh ustaz Sulaiman, tapi aku tertarik satu cerita yang dimana jin naik marah sebab seorang manusia telah terpijak kepala anak jin itu sampai kemek kepala baby jin tadi. Huru-hara jadinya hidup orang tadi.

Ceritanya bermula camni......*haa misteri tak?*...haha...sorry, ok jom ciyes..ada seorang perempuan ni, dia pergi picnic dekat sungai apa ntah yang pasti dekat selangor ni hah..perempuan ni sedikit comel*maksud aku montel*..hee..sedang dia bermandi-mandi di sungai tu, tiba-tiba masa dia nak berjalan atas batu dekat sungai tu dia terjatuh. Tapi kecederaan jatuhnya tu tak terok sangat pom. Semasa dia ingin menuju ke kereta untuk pulang, dua kali dia terjatuh tanpa dia sedar*macam ada orang tolak dia*..tapi tak ada pom.

Di rumah, tiba-tiba kaki perempuan ni sakit*sakit dekat dia jatuh tadi*..sakitnya tu membuatkan dia tak boleh jalan, padahal lebam sikit jew..perempuan ni dah pergi hospital, dan penyakit misterinya tu tak baik jugak, lalu dia pergi ke Darul Syifa' untuk berubat secara lain pulak.

Ustaz Sulaiman ni lah yang mengubat perempuan ni, lepas ustaz ni tengok, rupanya ada jin yang bergantung di kaki perempuan ni tadi. Ustaz ni pelik dan bertanya kepada jin tersebut kenapa dia mengacau perempuan ni? jin itu menyatakan yang perempuan ni telah buat baby dia koma sebab perempuan ni terpijak kepala baby tu di sungai tadi.

Nak ringkaskan citer, ustaz ni tak tahu nak buat apa lagi sebab semua jin di sungai tadi tukar shif untuk bergantung di kaki perempuan tadi*rupanya ayah baby tadi, ketua kg kat situ*..jadi semua jin kat situ marah dekat perempuan tu..ustaz cuba memujuk ketua jin tadi untuk tidak mengacau perempuan tu, tapi jin tu cakap, aku boleh lepaskan dia kalau anak aku sembuh balik.

Ustaz ni pun cakaplah, tak apa..aku boleh buat anak kau sembuh. Jin terkejut, dan bertanya camne nak sembuhkan dia?...ustaz cakap, kita kan ada Allah, mari kita sama-sama berdoa semoga anak kau sembuh. Jin tu bersetuju...seminggu kemudian, baby tu sembuh dan jin itu tidak mengacau perempuan tu lagi....TAMAT..muahaha*penat taip*

Nak cakapnya kat sini, kalau pergi hutan ke sungai ke...jaga tingkah laku kita dan mulut kita ni sebab tempat tu semua tempat tinggal diorang..dah pergi tempat orang tu, pandai-pandailah jaga adab yew...sebenarnya banyak yang ustaz ni citer..tapi aku dah penat nak taip..huu..korang nak tahu lagi ke?tunggu next enrty yew...^^

p/s: sebaik-baik jin, sejahat-jahat manusia...*so berhati-hati*..hihi


2 comments

21 December 2012 at 07:41

wahhhhh.. nice2x. memang kena berjaga la bila memasuki tempat2 sebegitu. emm.. jin tukar shift.. macam kerja shift la pulak. huhu

bahay jugak ye, huhu

21 December 2012 at 18:05

Akak, nak tanya. Ustaz tuhh ada fb ke or website? Boleh bagi tau saya di cbox saya tak? ASAP! :)

Post a Comment

Terima kasih sebab komen..^_^

Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^