Home » » Wanita Tertelan Tikus Dalam Sandwich

Wanita Tertelan Tikus Dalam Sandwich



LONDON – Apabila seorang ibu dua anak menggigit sandwich ayam yang dicampur dengan bakon dan salad yang dibeli dari sebuah pasar raya Tesco, dia menelan sesuatu yang tidak dijangkanya.
Katie Crabtree terkejut mendapati binatang berbulu, seekor tikus, di dalam snek prabungkus yang dibelinya dari rangkaian pasaraya itu di Stockport.

Wanita berusia 31 tahun itu hanya ternampak ‘objek berbulu itu’ selepas memakan separuh daripadanya dengan menyangka ia bakon salai yang hangus.
“Saya menggigitnya dan melihat benda hitam di dalamnya. Saya menyangka ia bakon salai dan menelannya.
“Kemudian saya melihat sesuatu yang buruk dalam sandwich itu. Ia berwarna hitam dan berbulu. Saya juga melihat kakinya. Ia sungguh dahsyat,” katanya.

Katie berkata, penemuan mengejutkannya itu membuatnya tidak selesa.
“Saya tidak boleh lagi makan sandwic bungkus kerana ia akan mengingatkan saya kepada peristiwa itu,” katanya.

Dia menuduh pasar raya berkenaan tidak menghiraukannya selepas mengadu hal itu kepada pasar raya terbabit dan ibu pejabatnya.
“Saya menghubungi pasar raya berkenaan dan ibu pejabatnya tetapi tidak ada orang yang tahu mengenai kejadian itu,” katanya.

“Mereka akhirnya memberi saya baucar $10 (RM50).
“Saya berpendapat mereka tidak mempedulikan saya. Mereka sepatutnya menyiasat kejadian dan membuat tindakan selanjutnya,” kata Katie.

Tesco menghantar wanita itu surat permohonan maaf dan berkata, ia akan menyiasat, di samping menawarkan pampasan sebanyak $10 - DM

p/s: uishh tak patot betol kan??kalau aku memang mengamuklah....

8 comments

9 October 2012 at 05:00

auuww... mau seminggu x mkn kalu kena...huhu

9 October 2012 at 06:17

grrr.........tikus kot!

9 October 2012 at 08:04

macam comel je tikus dalam gambar tu...huhu...

9 October 2012 at 08:30

tengok gambar pun dah rasa geli...
tak tahu apa perasan perempuan yang tergigit dan tertelan tu..
tak terbayang~~

9 October 2012 at 09:48

wekkkkkkkkkkkkk... huhu mau fobia tak makan sandwic bertahun-tahun. huhuhu tah2 selamanya. hahaha.

mujur tikus tu dah mati, kalau hidup. hehehehe gerak2 dalam mulut. gerak2 pelahan.

uwekkkkkkk.

9 October 2012 at 19:43

Agaknya gambar sandwich tu bukan untuk cerita ni kan? Gmbar tu terang-terang nampak bebulu tikus, kalau mkn jugak... erk... tak rasa dh nak makn...

25 February 2013 at 23:07

(~_~) erk!!!!

14 July 2013 at 04:03

uellkk.. erghh..

Post a Comment

Terima kasih sebab komen..^_^

Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^