Home » » Terlalu Mencari Kesempurnaan

Terlalu Mencari Kesempurnaan



Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ......... Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah dan cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan MENYESAL....
Sumber:  Dr. Fadilah Kamsah

p/s: Janganlah mencari yang terlalu sempurna..mood: belajar untuk menghargai...^_^

9 comments

28 October 2012 at 01:13

terima kaih.. ingatan yg sgt baik.. menghargai selagi masih ada, jangan mengharapkan kesempurnaan andai diri tka pernah sempurna.. kan? thanks awak =)

28 October 2012 at 01:20

@baby comel
same2 baby comey

28 October 2012 at 01:40

nice entry biela. betul2 menusuk kalbu :)

28 October 2012 at 01:41

entry yg best. mmg menusuk hati biela :)

28 October 2012 at 02:08

@adem hemsworth
just share~~~

28 October 2012 at 02:28

yang pancing ikan tu sebenarnya diorg nak pelihara spisis terancam...tu sebab lepas tangkap kasi lepas semula..

apa2 pun, satu perkongsian menarik...

28 October 2012 at 04:20

emm touching la..sdih pulak bace..
boleh share x? terkesan kat jiwa la entry ni.

28 October 2012 at 05:26

zafirah,,boleh jew...^_^

28 October 2012 at 08:03

terima seadanya.. thanks Biela.. :)

Post a Comment

Terima kasih sebab komen..^_^

Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^