Home » » Susahnya nak berubah

Susahnya nak berubah



Tersentap hati aku hari ni, bila mendengar cerita dari kawanku. Dia menceritakan tentang kawannya semasa sekolah menengah dulu. Aku tahu,ceritanya itu seperti ingin memerliku, tapi aku pendam dalam-dalam perasaan sebak ku itu. Aku sedar,aku memang tak sempurna..mungkin tak sesempurna dia, namun jika dia ingin menegurku,janganlah seperti ingin memerliku,apa salahnya kalau dia cakap baik-baik kan?

Memang, memang susah sangat bagiku hendak berubah. Semakin aku cuba,semakin banyak dugaan yang datang. Tapi sejujurnya aku masih mencuba dan belajar untuk menjadi seorang wanita yang solehah. Mungkin tak semulia Siti Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, tidaklah juga setabah Fatimah tapi aku hanya seorang wanita akhir zaman yang punya cita-cita untuk menjadi solehah. Besar sangat ke kesilapan dan kekhilafanku wahai teman?hingga kau buat hati aku ni tersentuh yang amat dalam.

Ya, aku sedar..perangai dan kelakuan mungkin seperti kebudak-budakan, namun bukan aku ingin dan pinta semua tu..bukan nya aku sengaja atau buat-buat kelakuan aku tu..namun jika semua tu membuat hati kalian menyampah dan tidak senang dengan aku...maafkanlah aku.

Setiap hari,aku rasa hati ni semakin kosong dan muram..aku terasa seperti aku kehilangan sesuatu,tapi aku seakan lupa apakah benda yang aku hilang tu. Namun bila aku pikir-pikir balik,baru aku sedar,benda yang penting yang aku hilang dalam hidupku tu ialah ketenangan abadi. Rupa-rupanya, aku semakin jauh dariMu ya tuhan...maafkan hambaMu yang alpa dan hina ini.
Mulai hari ni,aku bertekad aku ingin berubah..berubah kearah yang lebih baik..aku baru tersedar dari lenaku yang panjang...aku lupa yang aku masih tanggungjawab yang masih belum diselesaikan..ya..aku bertekad=)
p/s: harap hari esok hidup aku lebih baik dari hari ni..doakan aku:) 

4 comments

7 October 2012 at 04:30

ameennn :) insyaAllah boleh

7 October 2012 at 05:11

@Azriff Aziz
tq azrifff:)

7 October 2012 at 07:05

setiap kesalahan yang kita lakukan tulah yang membuat kita lebih matang.yeahhhh...semoga hari ini awak lebih tenang dari hari2 kemarin^^

7 October 2012 at 08:21

setiap yang berlaku ada hikmahnya... ^_^

moga Biela terus tabah..
moga niat untuk Biela berubah dipermudahkan oleh Allah.amin.

berubah menjadi wanita solehah..^_^

Post a Comment

Terima kasih sebab komen..^_^

Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^