Home » » Pengalaman mengajarku

Pengalaman mengajarku



Kehidupan kita ni selalu diuji dengan pelbagai masalah dan ujian dari tuhan. Sejauh mana kita lari,sejauh mana kita ingin padam dan buang masalah itu semakin dia datang menghampirikan?itulah dinamakan ujian dunia yang hanya bersifat sementara. Kita selalu mengejar dunia,sedangkan yang disana kekal selamanya. Adakah kita lupa atau kita sengaja melupakan janji dariNya?

Dalam hidup ni,jika ditimpa masalah kita selalu bertanya,"kenapa aku?kenapa tidak orang lain?",namun bila kita diberikan kesenangan dan kebahagian kita tidak pernah untuk menyatakan terima kasih kepada Nya. Sesungguhnya memang kita lupa,kita lupa yang kita hanya seorang hamba. Kita sombong dan ego dengan semua yang kita ada,padahal semuanya itu bersifat sementara.

Aku menyatakan semua ni,bukannya sebab aku mersakan aku sempurna,namun aku juga salah seorang yang pernah sombong dan ego dengan nikmat yang diberikan oleh tuhan ini. Kadang-kadang aku tidak boleh menerima kenyataan jika aku hilang sesuatu yang aku sayang. Tapi pengalaman banyak mengajarku yang aku mesti menerima semua yang terjadi dan semua ujian dengan redha.

Pengalaman yang paling aku ingat yang banyak mengajarku ialah semasa aku form 2. Ustaz aku bertanya kepada aku dan kawan-kawanku yang lain tentang konsep kita hanyalah seorang hamba. Ustaz memberi perumpamaan begini "Abu ada sebatang pensel,tiba-tiba Abu mematahkan penselnya itu didepan kamu,adakah kamu boleh untuk memarahi Abu"?? kiteorang terus menjawab tidak boleh..lantas ustaz pun menyatakan ''begitulah dengan kehidupan kita,jika Allah mengambil seseorang atau mengambil sesuatu yang Dia miliki,kita sebenarnya kita tidak perlu marah atau memberontak kerana semua yang kita ada adalah milikNya". Hidup kita ini hanya pinjaman yang sementara diatas dunia ini.

Begitu indah perumpamaan yang diberikan oleh ustazku. Kata-kata ustaz aku tu,tidak pernah aku lupakan hingga sekarang. Kata-kata itulah yang membuat aku kuat jika aku kehilangan benda dan insan yang aku sayang. Terima kasih ustaz!! Pengalaman itu banyak mengajarku erti kehidupan.

p/s: kehidupan kita ni seperti pelangikan, warna-warni dan indah..tapi ianya lebih indah jika hidup kita selalu dibawah keredhaanNya...






7 comments

3 October 2012 at 06:36

pengalaman buat kita taw bnyk pengajaran dlm hidup..tq for sharing dis!

3 October 2012 at 07:05

yang pasti semua yang kita miliki tidak akan kekal selamanya... :)

perkongsian yang Biela..
thanks~~

3 October 2012 at 07:08

yang pasti semua yang kita miliki tidak akan kekal selamanya... :)

perkongsian yang Biela..
thanks~~

4 October 2012 at 04:40

betul tu...sy sokong awak!!!

4 October 2012 at 07:39

entri yang bagus dari Cik Biela....kadang-kadang memang susah bagi seseorang untuk menerima hakikat apabila mendapat dugaan...huhu

4 October 2012 at 07:46

salam,
Mencari Nabila di malam jumaat yg indah ini.
Pekabar?

13 April 2013 at 19:56

cikgu suka betul dengan perumpamaan hidup seperti sebatang pen.. bila sampai masanya, 'tuan' nak ambil balik, kita dah tak ble cakap pa2 dah.. hmm insaf sekejap.. ;)

Post a Comment

Terima kasih sebab komen..^_^

Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^