Home » , » Kenapa Saya Tidak Laku??

Kenapa Saya Tidak Laku??


‎"Ustaz, saya ni 'teruk' sangat ke sampai tak 'laku'? Kawan-kawan saya yang muka biasa-biasa macam tu pun ada teman lelaki." kata seseorang.
"Saya ni ada jerawat dua tiga ketul je ustaz, tu pun takde lelaki yang minat kat saya. Kawan saya yang jerawatnya berketul-ketul tu, ada pulak lelaki yang berkenan kat dia. Adil ke macam ni ustaz? Agaknya itulah yang dia nak cakap kot..." bisik hati saya pula...hehe..
Jujurnya, saya agak terkesima kerana tidak menyangka timbulnya fikiran sebegini sedangkan dia pelajar jurusan pengajian Islam. Saya selalu berhadapan dengan situasi ini walaupun saya bukanlah pakar yang layak berbicara mengenainya.
Jelas, wabak berteman lelaki atau perempuan kalangan remaja ini sudah tidak mengenal mangsa sehingga menimbulkan penyakit hati yang bukan senang untuk dirawat. Lihat sahaja posting remaja-remaja kita di FB masing-masing. Sudah terang lagi bersuluh. Allah al-Musta'an.
Saudara dan saudari,
1. Tiada teman lelaki atau perempuan bukanlah sesuatu yang mengaibkan, malah ia merupakan kemuliaan dan kehormatan. Bersyukurlah kepada Allah SWT kerana masih terpelihara daripada fitnah dan wabak yang dianggap biasa oleh ramai orang masa kini.
Disebut dalam sirah bahawa Allah SWT memelihara RasulNya ketika usia remaja daripada terjebak dengan kebiasaan yang dilakukan oleh pemuda pemudi jahiliah Makkah ketika itu. Satu pemeliharaan yang sangat besar ertinya kerana insan tersebut bakal menjadi makhluk termulia dan teristimewa.
2. Walaupun hubungan terlarang itu dijustifikasikan dengan pelbagai alasan termasuklah si dia bakal menjadi tunangan, suami atau isteri sekalipun, hubungan suci suami isteri yang kita harapkan diredhai Allah selamanya itu tidak patut dan tidak layak dicemari dengan karat dan kotoran yang boleh mengundang murkaNya. 
3. Dalam hadis ada dinyatakan bahawa syaitan sudah berputus asa untuk menyesatkan umat nabi Muhammad SAW dengan cara fizikal yang nyata, tetapi makhluk itu akan sentiasa cuba memesong dan melalaikan kita dengan cara halus yang tidak disedari. 
Wabak ber'couple' ini mungkin salah satu darinya. Bercouple dan bergaul bebas sudah dianggap perkara biasa dan normal. Yang tidak bercouple dan bergaul bebas dianggap kolot dan jumud. Neraca ini sudah tidak betul. Ia perlu kepada 'calibration'.
Justeru, yang masih dipelihara oleh Allah SWT daripada fitnah ini, bersyukur dan bergembiralah. Usah merendah diri dan bermuram durja. Berjalanlah dengan 'bangga' kerana diri masih terpelihara.
Sumber: Facebook 

p/s: bagi yang tiada teman janganlah bersedih,Allah sediakan yang lebih baik untuk kalian..semoga cerita ni menjadi pengajaran kepada kita... 

12 comments

15 October 2012 at 06:59

zaman skrg ni kalau dah berkapel mcm2 dh buat dgn pasangan sendiri.. sebab tu kemanisan berumahtangga jadi kurang disebabkan tiap2 pasangan yg pernah berkapel sblom kawen dh bosan dgn pasangan, sebab sblom kawen mende2 sweet semua dah habis dibuat.. hehe [jom join segmen gulai tempoyak ikan patin. senang giler!]

15 October 2012 at 07:10

betul.. roommate saya dulu-dulu ada cakap..orang yang tak couple ni macam kertas surat khabar lama yang dah tak laku. Tapi saya tak marah pun, saya bangga, sebab Allah nak jaga hati saya supaya tidak kotor kerana perkara yang tidak membawa sebarang manfaat kepada saya. Perkongsian awak menarik. Terima kasih. ^__^

15 October 2012 at 07:19

ku bersyukur dan ku gembira..
kerana ku yakin dengan jodoh yang Allah tentukan buatku.. ^_^

15 October 2012 at 07:37

<----- betul2 forever alone (^_^)

15 October 2012 at 07:39

@MéuzAngelo™ XXIII
betol2..

15 October 2012 at 07:41

@Nurul Aini
same2...sy just share:)

15 October 2012 at 07:43

@miz ruha
amin..moga dapat yang terbaik

15 October 2012 at 07:59

wahhh. i like this. sumber kekuatab kpd yg msih single :)

15 October 2012 at 08:05

rasa lebih bermotivasi lepas baca...

15 October 2012 at 08:07

@BeLLa
waa bgusnye dye^_^

15 October 2012 at 08:10

sendiri tak bermakna kita takde sesiapa. allah sentiasa disisi. good one! :D

15 October 2012 at 08:14

Al-Hamdulillah,,,btl2 2 dik.xrugi pn xcouple malah lg best jd single.xpyh pening2 kpala&abiz kn duit smta2 nk bli kdit byk2 ^^

Post a Comment

Terima kasih sebab komen..^_^

Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^