Home » » Hargai mereka selagi mereka masih ada

Hargai mereka selagi mereka masih ada


Hello readers..harap korang sihat dan bahagia selalu. Aku tengah sedih ni,sebab tiba-tiba tadi terbaca kat wall fb aku ada orang post kata-kata yang membuat aku sebak. Kata-kata yang berkaitan dengan mak ayah..korang nak baca jugak?baca kat bawah ni yew:(

» Bila mak kata dia teringat, kita jawab
kita sibuk sangat.
» Bila ayah kata dia rindu, kita jawab
nantilah hujung minggu.

» Bila mak minta kita pulang, kita jawab
kita belum lapang.
» Bila ayah minta kita singgah, kita
jawab kerja kita belum selesai.

» Bila hati kita terguris, kita kata “Mak
memang tak pernah faham”.
» Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah
memang tak ambil kisah”.

Tetapi

» Bila hati mak kita terguris, mak kata
“Tak apa, dia masih muda”.
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata
“Tak apa, belum sampai akalnya”.

» Bila kita menagis tanda lapar, mak
berlari bagai hilang kaki.
» Bila kita merintih tanda derita, ayah
bersengkang mata bagaikan tiada lena.

» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia
membekalkan cekal.
» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah
teguh berkata dia tetap bangga.

p/s: fikirkan jika mereka sudah tak dapat 'rindu' atau 'minta pulang' atau 'minta singgah' bila kita pulang hujung minggu atau bila kita baru lapang atau bila kerja baru selesai??!! SAYUUUUUUUUUU~~~

3 comments

6 October 2012 at 09:16

muhasabah diri. emmm.

6 October 2012 at 17:21

yg dah keje tu,time diorang masih ada ni patut selalu balik jumpa hari minggu..nanti bila mak ayah dah takde baru la nak menyesal.

7 October 2012 at 08:30

kesibukkan diri yang kadang kala kita lupa ada sesuatu yang mungkin tak dapat diganti jika kita kehilangan mereka...
masa yang pergi tak kan datang kembali..

Post a Comment

Terima kasih sebab komen..^_^

Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^