Home » » Suka makan coklat?

Suka makan coklat?



Taip laju-laju kat sini..hehe..korang suka makan coklat tak?aku suka sangat-sangat makan coklat..lagi-lagilah coklat cadbury..bagilah banyak mana pun,mesti aku habis punyer..tapi sebenarnya kan,coklat ni baik tak untuk kesihatan?bagi pencinta coklat macam aku,jangan bimbang ye sebab hari ni aku nak share dengan korang kebaikkan coklat untuk manusia..

BAIK UNTUK KESIHATAN
Utusan Malaysia, Jumaat - 20 Ogos 1999
London - Penyelidik mendapati coklat adalah sumber sejenis bahan anti pengoksidan cetechin yang serupa dengan teh. Kajian yang dijalankan oleh sekumpulan doktor Belanda mendapati coklat itu sebenarnya adalah bahan perasa asli seperti teh mengandungi kompaun yang mampu melindungi kimia dalam tubuh daripada membinasakan sel-sel kita. Kebaikan coklat pula ialah sebagai bahan anti pengoksidan yang berkesan. Kandungan anti pengoksidan tersebut dalam coklat adalah empat kali ganda banyaknya berbanding kandungannya di dalam teh.

COKLAT UNTUK KECANTIKAN
Bagi kecantikan, coklat dapat membantu meningkatkan kecantikan. Kandungan yang terdapat dalam coklat memiliki banyak manfaat bagi kulit, misalnya berfungsi untuk menjaga kelembutan, melembapkan, mengencangkan dan memperhalus kulit. Coklat juga dapat memperlambat penuaan pada kulit, termasuk mencegah kerutan pada wajah. Coklat juga boleh dibuat mask dengan cara yang betul.

MELINDUNGI SERANGAN JANTUNG
Coklat adalah kaya dengan antioxidant seperti catechins an phenols. Ia membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser. Kandungannya sama seperti dalam teh hijau, jus oren, bayam, bawang, jagung dan pisang.
Coklat hitam dikatakan mempunyai empat kali kadar catechins dan phenols berbanding teh. Untuk makluman, satu kajian menyatakan, minumlah teh tanpa susu untuk mendapat khasiat antioxidant teh.
Phenols dikatakan dapat melindungi daripada serangan sakit jantung. Antioxidant yang wujud bukan setakat melindungi sel-sel dan DNA daripada radikal bebas malah ia menghalang pembentukan bahan lemak yang boleh menyebabkan salur darah jantung tersumbat.

COKLAT HILANGKAN STRES
Coklat mengandungi bahan seperti ubat penenang, yang menjadi penahan sakit dan meningkat tahap rasa sihat. Coklat keluarkan endorphins yang membuat kita rasa gembira.
Makan seberapa banyak dan kerap, coklat bukanlah bahan ketagihan. Permakanannya boleh dihentikan bila-bila masa.
Makan coklat dikatakan boleh menguatkan sistem pertahanan badan. Ini boleh mengurangkan risiko jangkitan selsema dan flu.
Coklat bukanlah penyebabkan jerawat. Jerawat disebabkan oleh perubahan hormon dan genetik. Jangan streskan diri, makanlah coklat. Ia boleh tenangkan anda sewaktu stres.

p/s: lepas ni bolehlah makan coklat dengan senang hati kan,tapi janganlah melebihi kuota pulak yew..

5 comments

29 September 2012 at 06:10

baru tadi kwn bagi makan kuih rasa coklat dan kek coklat...cedapp wooo :)

29 September 2012 at 06:20

sangat suka makan coklat~~ ^_^
pergi mall mesti rembat coklat bar satu... :)

29 September 2012 at 06:59

sodap tu ^^

29 September 2012 at 07:18

okayyy... hehe.

1 October 2012 at 08:20

awak suka makn coklat apa

Post a Comment

Terima kasih sebab komen..^_^

Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^