Home » » Hakikat Bahagia

Hakikat Bahagia



Bahagia,
Sering diidamkan oleh manusia,
Tidak kira siapa dia,
Kaya,miskin,tua,muda,
Semuanya inginkan kebahagiaan,
Walaupun hidup dalam kesenangan,
Bahagia jua yang diimpikan.

Siapa kata,
Orang kaya yang tidur di katil empuk itu semua bahagia?
Siapa kata,
Orang yang berpangkat besar itu bahagia?
Siapa kata,
Orang yang cantik itu bahagia?
Tidak!!
Sedangkan orang yang tinggal di pondok usang itu,
Lebih bahagia dari orang yang kaya,
Orang yang tiada rupa,
Lebih sempurna hidupnya,
Kesenangan dan kecantikan tidak juga menjanjikan kebahagiaan.

Kadang-kadang,
Kebahagian datang untuk seketika sahaja,
sedangkan kita inginkannya untuk selamanya,
Kenapa??
Kita selalu tertanya-tanya,
namun ingatlah satu perkara,
Hakikat bahagia itu,
Sentiasa ada sekiranya kita,
Selalu berada didalam keredhaanNya.

p/s: Tiada yang lebih penting dalam hidup ni,selain mendapat keredhaanNya(",)

1 comment

31 October 2012 at 10:48

best puisi nie...nice2...pic tu pun comel aja

Post a Comment

Terima kasih sebab komen..^_^

Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^