Home » » Cuka makanan sunnah?

Cuka makanan sunnah?


Hello n hye semue..pernah makan cuka?hah tak pernah?ruginye kalau tak makan cuka,nak tau tak sebenarnye cuka ni antara makanan nabi taw,tapi bukan cuka kita makan kat malaysia ni,tapi cuka kurma atau lebih dikenali sebagai KHAL dalam bahasa arab.

Kalau dah makanan nabi tu,mestilah banyak khasiatnya kan.Cuka kurma mempunyai banyak vitamin dan boleh merawat banyak penyakit.Antara vitamin yang terdapat dalam cuka kurma ialah  seperti vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena,  vitamin P (bioflavonoid) dan kaya dengan kandungan potassium (keremajaan kulit). Cuka kurma juga dapat membuang lemak, kolestrol, asid-asid dan garam berlebihan dalam badan yang membawa pelbagai penyakit berbahaya.

Antara khasiat KHAL dalam perubatan islam antaranya menurut Ibnu Sina dalam kitab beliau Al-Qanun Fi Al-Tib menyatakan bahawa “Cuka kurma dapat mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul, kanser), menyucikan darah, membaiki masalah pencernaan di perut, masalah usus, kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan, menjaga kulit dari kepanasan matahari, mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolesterol), menstabilkan asid dan garam di badan, membuang keracunan badan (toksik), masalah rahim, menguatkan gigi, mata, telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan”. Darul Fikri, Bairut Tahun 1414H, m.s 908 - 909.

Menurut Ibnu Qaiyyim pula dalam kitab beliau Al-Tib Al-Nabawi menyatakan cuka kurma bermanfaat untuk mengatasi masalah gastrik di perut, masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu), mencegah terhadap bahayanya ubat-ubatan (kesan sampingan dari ubat yang pelbagai) yang boleh membawa kepada kematian. Cuka kurma dapat melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (masalah gangguan haid). Cuka kurma bermanfaat mengatasi masalah limpa, membersihkan usus (membuang toksik di perut), menguatkan sistem perut (masalah buasir), menghilangkan masalah dahaga (panas badan), mencegah sebarang pembengkakan yang akan terjadi di tubuh manusia (seperti kanser, bisul dan sebagainya), membantu sistem penghadaman makanan yang kasar dan membersihkan darah manusia (darah yang beracun). Darul Kitab Al-Arabi, Bairut 1410 H, m.s 233.

Waa banyak kan khasiat cuka ni sebenarnya..hehe..aku pun baru tahu sebenarnya,jadi tu lah aku kongsikan dengan korang semua.Dah tahu banyak khasiat kan,jadi pergilah beli cuka kurma cepat-cepat kat kedai yang berhampiran.Semoga hidup lebih sihat dan bertenaga:)

 p/s:Nanti habislah cuka kurma kat kedai..hehe

3 comments

7 September 2012 at 03:37

banyak manfaatnya, kan?Ym pun ader sebotol kat umah.:)

7 September 2012 at 06:57

ooo..baru tahu..time kaseh ye,, doh muge baru tahu kang,, orang masok kat dapor banyok buh muge ni,,ingat kite pon buh gok muge ni dalam masok megi .hehehehe..

7 September 2012 at 07:02

kite pernah buat entry pasal cuka. hehe. betul. ini makanan sunnah.. yang penting beli dari sumber yang halal. :)

Post a Comment

Terima kasih sebab komen..^_^

Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^