Home » » Tragedi pahit disekolah rendah...

Tragedi pahit disekolah rendah...

Salam Ramadhan......
Hari ni aku nak kongsi citer ngan korang semue pasal kenangan yang xmungkin akan aku lupekan.Peristiwa ni berlaku semasa aku sekolah rendah dulu,waktu tu aku baru darjah 3 dan aku ingat lagi mase tu aku nak ambik PTS..sape2 yang seusia aku tentu tahu ape itu PTS...PTS ni peperiksaan budak darjah 3 untuk lompat tahun terus ke darjah 5. kalau lulus exam ni,dan aku salah seorang yang mengambil exam ni.

Sempena peperiksaan ni sekolah aku mengadakan kelas malam,jadi setiap malam aku kena pergi kelas. Biasanya mak aku or ayah aku hantar pergi kelas tapi nak dijadikan cerita pada satu malam sepupu lelaki aku yang hantar aku pergi sekolah.Malam tu dia hantar aku naik motor,sampai jew kat sekolah dia cepat nak balik,sebab dia cakap minyak motor dah abis.Dia pun balik tanpa berpaling lagi kat aku.

Aku rasa sangat pelik pada malam tu sebab sekolah gelap dan seperti tiada orang yang datang.Tiba-tiba datanglah seorang kawan aku yang lain.Dia datang dengan ayah dia naik motorsikal.Dia pun pelik macam aku sebab xde orang.Dia pun menyuruh ayah dia menelefon kawan aku yang lain untuk kepastian sama ada malam itu ada kelas ataupun tidak.Rupe-rupenye kelas xde malam itu,aku n kawan aku xtahu sebab kami xdatang sekolah pada siang hari.

Berita yang aku baru sahaja tahu itu terus mengelisahkan aku.Yelah,aku xtahu nak balik rumah dengan sape.Kawan aku yang baru datang itu menawarkan aku untuk balik bersama,tapi aku menolak sebab takut xmuat seat diatas motorsikal ayah dia.Jadi kawan aku pun balik meninggalkan aku seorang diri.

Aku terasa sangat takut dan rase macam nak menangis,yela duk sorang2 kat sekolah yang gelap,memanglah takut.Aku pun terfikir nak kol mak aku menggunakan public phone.Apabila sampai kat public phone,public phone tu rosak dan xboleh digunakan.Aku sangat sedih lalu aku menangis.

Dalam pikiran aku mase tu,aku fikir hanya nak balik rumah dan xfikirkan keselamatan aku lagi.Rumah aku xlah jauh sangat dengan sekolah dalam 5km camtu.Tapi nak balik ke rumah aku,aku terpaksa melalui lorong yang gelap dan sunyi.

Aku xpeduli,aku tetap bertekad nak balik jalan kaki melalui lorong itu.Aku pun berjalan balik ke rumah sambil menangis sebab aku takut jalan sorang2.Dalam perjalanan balik itu,aku terasa seperti ada seseorang yang mengekori aku dibelakang.Tetapi aku tetap buat biasa dan terus berjalan.

Tiba2 aku terasa orang dibelakang aku tu semakin dekat dengan aku,lalu aku menguatkan diri untuk berpaling dan aku nampak seoraang lelaki yang memegang botol arak mahu mengejar aku.Aku terasa sangat takut,lalu aku berlari dengan sekuat hati walaupun pada malam itu aku memakai baju kurung.Pada mulanya aku ingin memakai seluar,tapi mak aku marahkan aku sebab aku selalu memakai seluar kalau pergi kelas,xelok kata mak aku.Terasa menyesal pun ade sebab memakai baju kurung sebab melambatkan aku untuk melarikan diri dari lelaki itu

Semakin jauh aku lari dari lelaki itu,dan tiba2 ada dua budak lelaki kampung aku yang membonceng motorsikal melihat aku dan menawarkan aku untuk menaiki motorsikal.Tetapi aku disuruh tunggu dekat pondok dahulu kerana dia mahu menghantar kawan dia balik dahulu.Jadi aku pun tunggu dekat pondok yang disuruh tuggu itu.

Semasa menunggu itu,aku terlihat lelaki yang mahu mengejar aku itu datang dan ingin menghampiri aku,tanpa berfikir panjang aku terus berlari lagi sebab takut akan lelaki itu.Tiba-tiba aku terjatuh,dan kain aku koyak.Tanpa memikirkan sakit dikaki ku,aku terus berlari lagi.

Dalam aku melarikan diri itu,aku terfikir yang rumah ayah saudara aku berdekatan dengan tempat itu,jadi mengambil keputusan untuk pergi ke rumah ayah saudara aku dahulu.Sampai di satu lorong dimana ayah saudara aku tinggal,aku terus membelok dan melihat lelaki itu masih mengejarku.

Aku dengan sekuat hati berlari dan sampai jew dirumah pakcik ku,aku mengetuk pintu rumah pakcik ku dengan kuat sekali.Dan akhirnya makcik ku membuka pintu untuk ku.Aku terasa sangat lega dan bersyukur pada waktu itu.

Pakcik dan makcik ku terasa hairan sebab melihat aku menangis teresak-esak,dan menyuruh aku menceritakan perkara yang sebenar.Aku pun menceritakan apa yang terjadi.Mereka pun turut bersimpati dengan aku,dan pakcik ku menghantar aku pulang ke rumah.

Sampai jew dirumah,mak aku menanyakan perkara yang terjadi,dan pakcik ku pula menceritakan apa yang berlaku.Mak aku sangat marah dengan ku kerana aku tidak menunggu sahaja disekolah.Tetapi mak aku turut bersyukur kerana aku pulang dengan selamat.

Keesokan harinya,terdapat dalam berita yang ada seorang penagih dadah yang mabuk ditangkap berdekatan dengan kawasan yang aku dikejar.Aku merasakan lelaki itulah yang mengejar aku pada malam itu.Selepas  sahaja mendengar berita itu,aku terasa sangat bersyukur kerana aku sempat melarikan diri dari lelaki itu,jika aku xsempat melarikan diri,aku xtahu apa nasibku nanti.Peristiwa ni banyak memberi kesan padaku,kesan yang utama adalah melatih aku untuk bersabar menunggu.Peristiwa ini xkan aku lupakan sampai bila-bila.

“Karangan ini adalah untuk Contest anjuran Abang Ensem dan Zarul Umbrella dan disponsor oleh Azri[Dot]My 

p/s:kisah ini kisah benar dari pengalaman aku sendiri...doakan aku menang yew:)

5 comments

2 August 2012 at 11:48

wow! seram giler! wanie tak nah lg ade experience mcm nie n mmg taknak pon uhuhu
alhamdulillah awak selamat :)

2 August 2012 at 19:03

seramnya kena kejar penagih dadah.alhamdulillah selamat.

gud luck untuk contest tu.:)

2 August 2012 at 21:38

tq...tulah..mmg seram sgt2

2 August 2012 at 21:39

time kasih sbb support..

3 August 2012 at 00:54

Salam Ramadhan :) Baru follow sini. dari : awieomar.blogspot
Nak tak join game top "BLOGGER" musim 3 ? segala yang berkaitan pasal game ni boleh tinjau kat blog. musim 1 & 2.

Senang je caranya nak sertai game tu. Follow blog "Awie Omar" (bagi yang belum follow la) dan komen di mana mana entri dengan menyatakan
"SAYA SANGAT MAHU SERTAI BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE"
Johan akan mendapat mendapat ganjaran RM 150.

Post a Comment

Terima kasih sebab komen..^_^

Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^