Home » "Saya nak duit raya cik Misya!!!"

"Saya nak duit raya cik Misya!!!"


Kisah Aku dan Duit Raya

Duit rayer oh duit rayer,sapelah tak nak duit rayer kan?hehe..lagi2 lah aku..cerita duit rayer aku ni camni,dulu mase kecik2 aku suka pergi jalan2 tyme rayer. Aku gi kutip duit rayer ngan sepupu aku yang lain. Kami pergi rayer kat semue rumah2 yang terdekat,xkira lah rumah tu kecik ke besar,semua kami rembat asalkan dapat duwit rayer.

Nak jadikan citer kiteorang pergilah rayer kat rumah makcik nih,rumah dia besarlah jugak. Sampai je kat rumah dia,dia jemput masuk dan hidang air. Aku rase pelik,kejap betul dia buat air,pastu tibe2 makcik tu ckp air tu air pagi tadi yang tak abis. Minum punyer minum,dalam air tu ada semut,adoi makcik ni agak2lah kan nak hidang air jangan ada semut,lau sekor xpe,ni dalam banyak ekor jugaklah. Lepas tengok ade semut kiteorang terus xminum.

Tiba2 makcik tu datang balik bagi RM2 kat aku. Aku suka sangatlah dapat duit tuh,yela zaman aku dulu kalau gi rayer dapat RM2 kira banyaklah. Huish,tibe2 makcik tuh cakap balik"duit tuh korang kongsilah berlima yew",adoii makcik ni kedekut betul,terkejut sangat aku mase tuh,dahla air ade semut,duit raye plak bagi 35 sen sorang..adushh mane cukup. Kiteorang pun balik dengan hati yang berdukacita.

Tapi kami tetap xputus asa,kami pun pergilah ke rumah yang lain plak. Rumah yang kami pergi ni usang sangat2. Rumah papan yang terpinggir dari rumah2 lain. Bila sampai je depan rumah,akak kat rumah tu jemput kami masuk. Akak tu layan kami dengan baik dan lembut. Semasa kami berada dalam rumah tu,kami terdengar anak akak tu mengadu yang dia pakai baju raye yang lepas punya. Anak dia suruh akak tu beli baju lain,tapi akak tu cakap "nantilah kita beli baju baru,bila ummi ade duit". Anak dia pun senyap dan terus masuk bilik.

Aku dan sepupu aku yang lain tersentap dan sedih melihat keadaan tu, tapi cume boleh mendiamkan diri. Semasa kami hendak pulang,akak tu menghulurkan RM1 kepada kami,dia suruh kami kongsi.Tapi dengan cepatnya kami menolak.,tapi akak tu tetap berkeras suruh kami menerimanya. Kami pun mengambil duit itu untuk menjaga perasaan akak tu.

Dalam perjalanan pulang ke rumah,kami melalui sebuah kolam, semasa tu sepupu aku menghayung kan beg tangan aku dan tiba beg aku tercampak kat dalam kolam. Aku tersangat terkejut dan sedih pada mas tu,yela beg duit aku dah ada dalam kolam dan dah xdapat diselamatkan sebab kolam tu pom dalam jugak. Aku memarahi sepupu aku itu. Dia meminta maaf dari aku, dan aku dengan berat hati meredhai kejadian tu.

Sejak dari peristiwa tu,aku xpernah lagi pergi beraya dalam kampung,sebab aku dah serik kehilangan duit. Punya lah penat jalan untuk kutip duit,tiba2 duit tu xde,memanglah bengang. Tapi sejak hari tu jugak aku mengerti apa itu erti syukur. Kita haruslah bersyukur dengan apa yang kita ada sebab ramai lagi yang hidup susah dari kita.

TAMAT

Soalan untuk akak: Akak misya yang cantik ni, berapa pasang kasut yang akak ada sekarang??hehe

Kata Al-Ghazali : yang jauh itu WAKTU,yang dekat itu MATI,yang besar itu NAFSU,yang berat itu AMANAH,yang mudah itu BERBUAT DOSA,yang panjang itu AMAL,SOLEH yang indah itu SALING MEMAAFKAN”Salam aidilfitri maaf zahir dan batin”.

p/s: Cerita kat atas khas untuk contest kak misya..lau korang nak join gak tekan jew kat gambar kat atas:0


4 comments

Assalamualaikum, is singgah dari Segmen Saya nak duit raya Cik Misya!!!, is dah follow sini nanti jemput lah singgah blog is yer? http://iskandarx.blogspot.com/2012/08/saya-nak-duit-raya-cik-misya.html

30 August 2012 at 03:52

qkmslm..ok

4 September 2012 at 18:10

Salam.. Thanks for joining dear..:)Jawapan untuk soalan : Huhu tak pernah kira berapa jumlah kasut yang ada. Campur kasut raya, kasut shooting, kasut catwalk, selipar toilet dll lebih kurang 50 pasang ada kot. hehe.:) Jangan lupa singgah entri terbaru saya.. ;) http://www.aimisyahirah.com/2012/09/doa-apabila-hati-disakiti.html

7 September 2012 at 11:05

Tahniah!! Anda salah seorang pemenang! Sila rujuk entri berikut untuk tuntutan hadiah. =) http://www.aimisyahirah.com/2012/09/terkini-pemenang-contest-nak-duit-raya.html

Post a Comment

Terima kasih sebab komen..^_^

Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^