Home » » Sebab apa menangis?

Sebab apa menangis?



Salam Ramadhan...
Ellllooooo....hari ni aku rase macam nak nangis jew..kenape??xde apelah aku saje jew cakap camtu sbb hari aku nak citer pasal menangis dan tangisan.Korang rase kan sebab ape kite menangis?Kalau tanye cmni mesti byak jawapan yang keluar kan...tpi sebenarnya bnyak sebab kita menangis ni taw..seperti kata Ibnu Qayyum, ada 10 jenis tangisan iaitu kerana:

1)kasih sayang dan kelembutan hati
2)rasa takut
3)gembira
4)menghadapi penderitaan
5)terlalu sedih
6)terasa hina dan lemah
7)untuk mendapat belas kasihan
8)ikut-ikutan orang menangis
9)orang munafik-pura2 menangis
10)untuk mendapat belas kasihan

Sebenarnya Allah yang menciptakan tangisan,ketawa,senyum.marah kerana ianya warna-warni dalam kehidupan kita.Cuba bayangkan dalam hidup kita ni ada perasaan gembira jew,mesti bosan kan?sebab tulah Allah menciptakan tangisan supaya kita tahu,dalam hidup kita  ni bukan selalunye nak main2 jew...tapi masa bila kita perlu menangis dan tidak?tangisan apa yang dibenarkan dan tidak dibenarkan?jom kita tengok......
 
Tangisan dapat memadamkan api neraka

Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka. Ini disahkan oleh Rasulullah SAW dalam satu hadis yang bermaksudnya: “Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Air mata yang dilarang

1. Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita. Bukankah Tuhan yang telah tentukannya? 
2. Janganlah menangis kerana menonton filem, itukan cuma lakonan saja. 
3. Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan. 
4. Janganlah menangis jika gagal dalam seleksi pekerjaan mungkin kita kurang membuat persediaan. 
5. Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah dan beramal. 
6. Janganlah menangis kalau tidak dinaikkan pangkat. Yakinlah, rezeki itu adalah pemberian Allah SWT.

Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: “Tidak ada sesuatu yang paling disukai Allah SWT selain daripada dua titisan dan dua kesan. Dua titisan itu ialah titisan air mata yang keluar kerana takutkan Allah SWT dan titisan darah yang tumpah di dalam perjuangan di jalan Allah. Manakala dua kesan ialah kesan berjuang di jalan Allah SWT dan kesan kerana menunaikan kefardhuan yang telah difardhukan oleh Allah.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)



 




P/S:Oleh itu.....simpanlah air mata kita untuk menginsafi atas segala kelalaian yang telah kita lakukan bukan untuk meratapi segala kesedihan yang kita hadapi,kerana Allah telah berfirman dalam Al-quran setiap kesusahan pasti ada kesenangan,jadi xmo sedih2 lagi taw...:)




4 comments

28 July 2012 at 23:36

suke entry ni :) thnks ~

29 July 2012 at 02:36

suke?tq...lau suke share jew..

29 July 2012 at 21:02

uhu...kite xsdr y kite selalu mengis krn sesuatu y xbermakna...huuu..follow sini ea...

30 July 2012 at 03:57

nice entry..singgah and follow sini :)

Post a Comment

Terima kasih sebab komen..^_^

Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^