Home » » Harga SeBuah Iman...

Harga SeBuah Iman...



Salam Ramadhan....
Ello semue...hari ni sy nak citer pasal harga sebuah iman seorang imam....jom same2 bace cerita yg best ni...

Beberapa tahun dahulu,ada seorg imam yg berasal dr Thailand telah dipggil ke Malaysia untuk menjadi imam tetap disebuah masjid di Malaysia.Telah mnjadi kebiasaan imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari,selepas imam tersebut membayar tambang dan duduk didalam bas,dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yg lebih daripada yg sepatutnya sebnyak 20 sen.

Sepanjang perjlanan imam tersebut memikirkan ttg wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ini?",imam tersebut bertnya kpd dirinya."Ah......syarikat bas ni dah kaya.....setakat 20 sen ni..nak beli tosei pun xcukup",kata imam tersebut.

Apabila tiba dihadapan masjid,imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika imam tersebut ingin turun sahaja drpd bas,tiba2 seakan akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling kearah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20sen tersebut."Tadi kamu beri sy wang baki terlebih 20sen",kata imam kpd pemandu bas tersebut.

"Owhhh.....time kasih!Kenapa awak pulngkan 20sen ni?..kan sedikit jew nilainya",pemandu bas tersebut berkata.Imam tersebut menjawab,"wang tersebut bukan milik sy,sebagai seorang muslim sy wajib berlaku jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum,dan berkata,"sebenarnya sy sengaja memberi wang baki yg lebih sebnyak 20sen ni,sy nak uji kejujuran kamu wahai imam.Saya sudah berkali-kali berpikir untuk memeluk Islam".

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan.Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan,"Astaghfirullah!!!,ampunkan daku ya Allah...aku hampir menjual harga sebuah iman dengan 20sen!!!.

Haa korang semue..apa yang korang dapat dr cerita ni?bnyak kn pengajarannya..kita mybe xtahu tindakan kita terhadap org lain, kadang-kadang org yg beragama lain menggangap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam.Jadi selalulah mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan kita yew........



P/S:suke sangat citer ni..tulah kongsi ngan korang semua..kalau korang suke..share jew k........

Post a Comment

Terima kasih sebab komen..^_^

Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^